smart Malaysia Lancar SUV Elektrik smart #5

Dari segi teknologi, smart #5 dilengkapi dengan dua skrin OLED 13 inci, paparan head-up AR 25.6 inci, cip AMD V2000 dan avatar pintar LEO yang dikuasakan ChatGPT. Sistem audio SENNHEISER 20 pembesar suara dengan Dolby Atmos turut disediakan.

Model ini mendapat penarafan keselamatan 5-Bintang Euro NCAP dengan 82% pembinaan keluli berkekuatan tinggi. Tujuh beg udara, smart Pilot Assist, Highway Pilot Assist (HWA) dengan Stop & Go, dan sistem kamera 360 darjah disediakan untuk keselamatan. Continue reading smart Malaysia Lancar SUV Elektrik smart #5

SUV Kompak Leapmotor B10 Sedang Diuji di Malaysia.

B10 dijangka ditawarkan dengan dua konfigurasi bateri. Varian asas menggunakan bateri 56.2 kWh LFP yang menawarkan jarak 470 km dengan pengecasan DC pantas 140 kW. Varian lebih tinggi pula dilengkapi bateri 67.1 kWh yang mampu menempuh jarak sehingga 560 km dengan pengecasan DC pantas 168 kW. Kedua-dua konfigurasi boleh dicas dari 30% ke 80% dalam masa 18 hingga 20 minit. Semua varian juga menyokong fungsi Vehicle-to-Load pada 3.3 kW. Continue reading SUV Kompak Leapmotor B10 Sedang Diuji di Malaysia.

Porsche Macan GTS Elektrik Pertama Hadir Dengan 571 PS

Macan GTS menampilkan motor elektrik paksi belakang paling berkuasa dalam siri model, sama seperti Macan Turbo. Unit kuasa berdiameter 230 milimeter, mempunyai panjang aktif 210 mm dan menampilkan penyongsang denyut silikon karbida (SiC) 900-amp yang sangat cekap.

Dalam Macan GTS, ia menghasilkan 380 kW (516 PS), meningkat kepada 420 kW (571 PS) kuasa overboost dengan Launch Control, dan tork maksimum 955 Nm. Transmisi yang menampilkan nisbah 9.0:1 direka khas untuk menahan tork yang besar bagi model prestasi. Continue reading Porsche Macan GTS Elektrik Pertama Hadir Dengan 571 PS

smart #5 Kini Dibuka Untuk Tempahan, SUV Elektrik Berjiwa Petualang

mart #5 ditawarkan dalam dua varian berbeza – Premium dan BRABUS – setiap satu direka untuk sesuai dengan gaya pemanduan dan personaliti yang berbeza.

Varian Premium menawarkan pengalaman pacuan roda belakang yang halus, bergerak dari 0-100 km/h dalam 6.5 saat, dikuasakan oleh bateri 100kWh yang memberikan jarak sehingga 590km WLTP. Ia menyokong seni bina 800V, pengecasan AC 22kW dan pengecasan pantas DC 400kW. Continue reading smart #5 Kini Dibuka Untuk Tempahan, SUV Elektrik Berjiwa Petualang

Volvo Car Malaysia Umum Kemas Kini Barisan Model 2026, Harga Baharu XC60 Bermula RM328,888

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes, berkata, “Dengan XC60 yang disegarkan dan penambahan EC40 motor tunggal, kami mengukuhkan barisan kami untuk menyediakan lebih banyak pilihan yang sesuai dengan gaya hidup pelanggan Malaysia. Menjelang 2026, tumpuan kami kekal untuk menyampaikan yang terbaik dari Volvo – kereta yang menggabungkan keselamatan, prestasi dan kemampanan. Kami juga sedang bersedia untuk satu peristiwa penting kerana kami menantikan sedan elektrik sepenuhnya pertama kami untuk Malaysia.” Continue reading Volvo Car Malaysia Umum Kemas Kini Barisan Model 2026, Harga Baharu XC60 Bermula RM328,888

Mazda CX-80 2025 Dilancarkan di Malaysia – SUV Hibrid Tiga-Baris Pertama Jenama

CX-80 menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan enjin petrol SKYACTIV-G 2.5 liter dengan motor elektrik. Enjin petrol menghasilkan 189 hp dan 261 Nm tork, manakala motor elektrik menyumbang 172 hp dan 270 Nm tork. Gabungan kedua-dua sistem menghasilkan kuasa total 323 hp dan 500 Nm tork. Continue reading Mazda CX-80 2025 Dilancarkan di Malaysia – SUV Hibrid Tiga-Baris Pertama Jenama

Mazda CX-60 tawarkan kemewahan tahap baru

CX-60 dijual pada harga RM198,900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM201,900 untuk Malaysia Timur, menjadikannya sebagai model Mazda yang paling berpatutan dalam segmen SUV premium. Model yang diimport sepenuhnya dari kilang Hofu di Yamaguchi, Jepun ini menggunakan enjin petrol SKYACTIV-G 2.5 liter yang menghasilkan 189 hp dan 261 Nm tork. Continue reading Mazda CX-60 tawarkan kemewahan tahap baru

5,000 Tempahan dalam 10 Hari: Kejayaan Awal Proton X50 Serba Baharu

Ini bermakna satu tempahan untuk Proton X50 Serba Baharu diterima setiap tiga minit dan mewakili 50% daripada tawaran awal yang terdiri daripada rebat tunai RM1,000, kad Touch ‘n Go edisi khas, dan Tawaran Gempak eksklusif untuk 10,000 pelanggan pertama. Continue reading 5,000 Tempahan dalam 10 Hari: Kejayaan Awal Proton X50 Serba Baharu

Dengan Lebih 170,000 Unit Terjual, Honda Perkenal HR-V Baharu untuk Kekalkan Legasi

Pelancaran ini juga menandakan satu peristiwa penting kerana kami meraikan 21 tahun kepimpinan hibrid Honda di Malaysia, perjalanan inovasi dan komitmen terhadap mobiliti lestari. Daripada perintis teknologi hibrid canggih sehinggalah sentiasa memperhalusi produk kami berdasarkan maklum balas pelanggan, HR-V mencerminkan dorongan Honda untuk memberikan mobiliti yang canggih, dipercayai, dan menyeronokkan. Kami yakin HR-V Baharu sentiasa menjadi dan akan menjadi teman yang tiada tandingan, menginspirasi laluan kebebasan baharu dan mencipta detik yang akan anda hargai selamanya. Inilah yang kami maksudkan dengan ‘The Power of Dreams’ dan ‘How We Move You’. Continue reading Dengan Lebih 170,000 Unit Terjual, Honda Perkenal HR-V Baharu untuk Kekalkan Legasi