PRO-NET Melancarkan Hub Pengecasan DC Pertama di Tanjung Malim dengan Kadar Terendah Negara

Selaras dengan misinya untuk menjadikan pemilikan EV lebih praktikal dan mampu milik, PROTON telah menetapkan kadar pengecasan pada RM0.80 setiap kWh, antara yang terendah di negara ini.

Untuk meraikan pelancaran, semua pengguna akan menikmati diskaun 50 peratus untuk bulan pertama operasi, menjadikan yuran turun kepada hanya RM0.40 setiap kWh dari 1 hingga 31 Oktober 2025. Continue reading PRO-NET Melancarkan Hub Pengecasan DC Pertama di Tanjung Malim dengan Kadar Terendah Negara

Tras: Platform Pembiayaan Kereta Digital Pertama Malaysia Dilancarkan

Tras, yang dikendalikan oleh EON Capital Sdn Bhd di bawah Kumpulan DRB-HICOM, memperkenalkan konsep baharu dalam industri pembiayaan automotif Malaysia, iaitu sebagai aggregator skim pembiayaan. Platform ini menghubungkan pelanggan, pengedar kereta, dan bank dalam satu ekosistem digital yang mudah digunakan. Continue reading Tras: Platform Pembiayaan Kereta Digital Pertama Malaysia Dilancarkan

Mazda CX-80 2025 Dilancarkan di Malaysia – SUV Hibrid Tiga-Baris Pertama Jenama

CX-80 menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan enjin petrol SKYACTIV-G 2.5 liter dengan motor elektrik. Enjin petrol menghasilkan 189 hp dan 261 Nm tork, manakala motor elektrik menyumbang 172 hp dan 270 Nm tork. Gabungan kedua-dua sistem menghasilkan kuasa total 323 hp dan 500 Nm tork. Continue reading Mazda CX-80 2025 Dilancarkan di Malaysia – SUV Hibrid Tiga-Baris Pertama Jenama

Mazda CX-60 tawarkan kemewahan tahap baru

CX-60 dijual pada harga RM198,900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM201,900 untuk Malaysia Timur, menjadikannya sebagai model Mazda yang paling berpatutan dalam segmen SUV premium. Model yang diimport sepenuhnya dari kilang Hofu di Yamaguchi, Jepun ini menggunakan enjin petrol SKYACTIV-G 2.5 liter yang menghasilkan 189 hp dan 261 Nm tork. Continue reading Mazda CX-60 tawarkan kemewahan tahap baru

Kilang EV Proton Siap 90.4%. Sedia Beroperasi September Ini

Setelah siap sepenuhnya, kilang ini akan menghasilkan pelbagai model berdasarkan platform Global Modular Architecture (GMA). Model pertama yang akan dilancarkan dari barisan pengeluaran ialah Proton e.MAS 7, EV pertama daripada jenama automotif Malaysia. Ini akan diikuti dengan Proton e.MAS 5, EV peringkat permulaan yang paling dinanti-nantikan di Malaysia dan sedang diperkenalkan kepada orang ramai melalui jelajahnya di seluruh negara. Continue reading Kilang EV Proton Siap 90.4%. Sedia Beroperasi September Ini

Proton e.MAS 5 lembaran baru automotif Malaysia, harap semua dapat tengok EV mampu milik? pertama jenama tempatan

Melalui siri pratonton eksklusif di lokasi pelancongan terpilih dan pengedar Proton e.MAS di 13 negeri, Jelajah MISI 5 bertujuan untuk membawa pengalaman EV secara terus kepada rakyat Malaysia. Ini membolehkan orang ramai berinteraksi dengan Proton e.MAS 5 secara langsung, sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada akhir tahun ini. Continue reading Proton e.MAS 5 lembaran baru automotif Malaysia, harap semua dapat tengok EV mampu milik? pertama jenama tempatan

MG Motor Malaysia Ungguli Pasaran Asia & Oceania, Catat Jualan Terbaik MG Cyberster

Dalam tempoh hanya beberapa bulan, MG Motor Malaysia telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan menerima lebih 90 tempahan, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran berprestasi terbaik untuk Cyberster di seluruh rantau. Continue reading MG Motor Malaysia Ungguli Pasaran Asia & Oceania, Catat Jualan Terbaik MG Cyberster

Kapal RORO gergasi BYD Zhengzhou berkapoasiti 7,000 kereta berlabuh sulung di Pelabuhan Utara Klang.

Malaysia merupakan salah satu persinggahan penting dalam jadualnya, yang turut meliputi destinasi lain seperti Filipina, Indonesia dan Singapura. Kapal ini tiba di Northport, Pelabuhan Klang semalam, sebelum meneruskan pelayarannya ke Thailand dan kembali ke China. Continue reading Kapal RORO gergasi BYD Zhengzhou berkapoasiti 7,000 kereta berlabuh sulung di Pelabuhan Utara Klang.

Beijing Ikuti Jejak Bandar Lain, Larang Kereta Petrol Baharu untuk Perkhidmatan E-Hailing

Sebelum ini, Beijing telah mewajibkan kereta petrol dengan piawaian emisi di bawah National 6 untuk keluar dari pasaran e-hailing. Polisi terbaru ini kini melarang sepenuhnya kemasukan kereta bahan api baharu ke pasaran tersebut. Beberapa pemandu kereta petrol di Beijing dilaporkan telah menerima amaran mengenai kenderaan mereka yang tidak memenuhi syarat dan perlu digantikan dengan kenderaan plat hijau apabila mereka mendaftar di platform e-hailing. Continue reading Beijing Ikuti Jejak Bandar Lain, Larang Kereta Petrol Baharu untuk Perkhidmatan E-Hailing