Program Toyota Eco Youth 2023/2024 Memartabatkan Inovasi Pelajar dan Komitmen Alam Sekitar

Memotivasi Generasi Pemimpin Alam Sekitar Program Toyota Eco Youth (TEY) 2023/2024 telah mmenutup tirai dan memilih SMK Seri Ampang, Kedah sebagai pemenang untuk sessi terkini dengan upacara penutupan di Hotel Everly, Putrajaya. TEY memberdayakan pelajar sekolah menengah untuk terlibat secara aktif dalam isu-isu alam sekitar melalui inisiatif-inisiatif inovatif. Tahun ini, 15 buah sekolah di seluruh negara, diwakili oleh 60 pelajar dan 15 penasihat guru, mempersembahkan … Continue reading Program Toyota Eco Youth 2023/2024 Memartabatkan Inovasi Pelajar dan Komitmen Alam Sekitar

Stellantis mahu pasang EV di Malaysia

Pasaran Asia Tenggara dilihat semakin penting oleh pelbagai jenama dan terbaru Stellantis, dan kini mereka ingan memasang kenderaan elektrik secara tempatan. Pada 2021 kumpulan automotif global dengan 14 jenama ini telah mengambil alih kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah dan, mengumumkan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan utama untuk rantau Asia Pasifik bermula 2025. Dalam pertemuan dengan beberapa media tempatan di Kuala Lumpur baru … Continue reading Stellantis mahu pasang EV di Malaysia

Toyota lancar strategi hijau dan sifar karbon besar besaran di Thailand

Perkongsian Strategik: Toyota Motor bekerjasama dengan syarikat tempatan besar seperti Charoen Pokphand Group (CP Group) dan Siam Cement Group untuk melancarkan kempen penyahkarbonan yang menyeluruh di Thailand, menyasarkan permintaan komersial terhadap kenderaan elektrik dan sel bahan api. Inisiatif Inovatif: Semasa lawatan baru-baru ini, eksekutif Toyota, termasuk Pengerusi Akio Toyoda, membincangkan matlamat kebolehkarbonan bersama pemimpin CP Group dan Siam Cement Group. Corolla berkuasa hidrogen, ditenagai oleh … Continue reading Toyota lancar strategi hijau dan sifar karbon besar besaran di Thailand

Sambut musim perayaan dengan tayar baru Goodyear

Musim perayaan menandakan tempoh dimana kita lebih banyak berjalan dan tayar adalah satu komponen penting yang menjamin keselamatan, elok juga kalau tukar tayar baru masa ni. Goodyear mengumumkan satu promose yang bermula sekarang sehingga akhir bulan Februari dimana setiap pelanggan yang membeli dua biji tayar yang berukuran 16-inci ke atas akan menerima kredit Touch ‘n Go e-Wallet sebanyak RM20, manakala mereka yang membeli 4 keping tayar … Continue reading Sambut musim perayaan dengan tayar baru Goodyear

Volvo EX30 sama harga dengan smart #1 di US. Tak sabar tunggu harga Malaysia

Volvo menunjukkan keupayaan untuk menetapkan harga kompetitif untuk model SUV kompak elektrik mereka pada tahap $35,000, ini sama dengan harga untuk model smart #1. Harga ini tak pelik sebenarnya kerana kedua dua kenderaan berkongsi begitu banyak komponen struktur dan pacuan kerana dihasilkan oleh kumpulan Geely. Dengan “pertumbuhan yang sangat besar” dijangkakan untuk EV-nya, CEO Volvo, Jim Rowan, mengatakan jenama ini melampaui pesaing-pesaingnya. Rowan menyatakan Volvo … Continue reading Volvo EX30 sama harga dengan smart #1 di US. Tak sabar tunggu harga Malaysia

200smart #1 diserahkan kepada pemilik, smart Malaysia kemaskini aplikasi Hello smart

Dalam tempoh kurang dua bulan sejak dilancarkan pada 21 November 2023, smart Malaysia telah berjaya mendaftarkan 200 unit model pertama mereka, #1. Nampaknya gabungan rekabentuk unik crossover bandar dari Mercedes Benz dan teknologi kenderaan elektrik yang serba moden dari Geely telah mendapat tempat di hati pembeli Malaysia. Seperti yang kita tahu memiliki kenderaan elektrik memerlukan kita belajar dimana hendak mencari pengecaj ketika jauh dari rumah … Continue reading 200smart #1 diserahkan kepada pemilik, smart Malaysia kemaskini aplikasi Hello smart

Proton Tanjong Malim Menyambut Kunjungan Duta Uzbekistan untuk Teroka Kerjasama Dua Hala

Proton Tanjong Malim (PONSB TM) baru-baru ini menerima kunjungan Kedutaan Uzbekistan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Karomidin Gadoev, serta wakil-wakil dari kedutaan tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk meneroka peluang kerjasama pada masa akan datang antara kedua-dua negara. Ketibaan Gadoev disambut Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, dan Tengku Zainudin Tengku Jafar, Ketua Pengurusan Regulatori, DRB-HICOM, bersama dengan ahli-ahli atasan pengurusan syarikat yang lain. … Continue reading Proton Tanjong Malim Menyambut Kunjungan Duta Uzbekistan untuk Teroka Kerjasama Dua Hala

Perang harga Tesla BYD bermula di Eropah, harga Model Y turun €5,000

Setelah mengambil keputusan untuk menurunkan harga Model Y di China untuk menyaingi BYD, kini Tesla mengurangkan harga Model Y di seluruh Eropah hari ini. Di Jerman, Tesla mengurangkan harga Model Y Long Range sebanyak €5,000 menjadi €49,990 ($54,340), diskaun sebanyak 9%. Harga Model Y Performance juga dipangkas sebanyak €5,000 menjadi €55,990, diskaun sebanyak 8%. Tesla bertindak mengikut jejak Volkswagen dan BYD yang telah mengurangkan harga … Continue reading Perang harga Tesla BYD bermula di Eropah, harga Model Y turun €5,000

Perang Harga Bateri: CATL dan BYD Menurunkan Kos Bateri kepada USD56/kWh atau lebih rendah

Menurut laporan dalam portal berita kenderaan elektrik CNEVPOST, perang harga untuk bateri tenaga semakin panas, dengan dua pembuat bateri terbesar di dunia melaporkan usaha menurunkan kos bateri. Seiring dengan perang harga untuk kenderaan elektrik (EV) yang berlanjutan, perang harga untuk bateri tenaga juga berlanjutan, dengan pembuat bateri terbesar di dunia dilaporkan berusaha menurunkan kos bateri. Untuk mengekalkan kedudukannya di pasaran, CATL sedang merapikan susunan rantaian … Continue reading Perang Harga Bateri: CATL dan BYD Menurunkan Kos Bateri kepada USD56/kWh atau lebih rendah

Lesen pengilangan untuk Daihatsu Grand Max dan varian Toyota Lite Ace dan Mazda Bongo Ditarik Balik Akibat Manipulasi Ujian Keselamatan

Sumber: Kyodo News Tokyo, 17 Januari 2024 – Menteri Pengangkutan Jepun mengumumkan bahawa mereka akan menarik balik sijil yang diperlukan untuk pengeluaran besar-besaran bagi tiga model yang dihasilkan oleh Daihatsu Motor Co. selepas unit kereta kecil Toyota Motor Co. didapati melanggar peraturan (rigged) ujian keselamatan. Tetsuo Saito, menteri tanah, infrastruktur, pengangkutan, dan pelancongan, menyeru untuk tindakan pembetulan untuk mencegah berulangnya pelanggaran serupa apabila beliau bertemu … Continue reading Lesen pengilangan untuk Daihatsu Grand Max dan varian Toyota Lite Ace dan Mazda Bongo Ditarik Balik Akibat Manipulasi Ujian Keselamatan