iCAUR V23, SUV EV pacuan lasak, kini di Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 NOVEMBER 2025 — iCAUR Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model kedua mereka untuk pasaran Malaysia, iCAUR V23. SUV segmen-C ini membawakan rekaan yang diinspirasikan dari kenderaan pacuan lasak klasik, kini dalam bentuk kenderaan elektrik sepenuhnya.iCAUR V23 diposisikan sebagai SUV EV yang mempunyai keupayaan pacuan lasak, menyasarkan untuk menerajui kategori kenderaan elektrik pengembaraan dengan gabungan prestasi, keselamatan dan versatiliti. Menurut Naib Presiden … Continue reading iCAUR V23, SUV EV pacuan lasak, kini di Malaysia

iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama

Meliputi keluasan kira-kira 40,000 kaki persegi, iCAUR Damansara menggabungkan kelebihan lokasi strategik dengan akses mudah ke Lembah Klang.

Kemudahan utama ini menampilkan ruang pameran luas yang mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan dalam satu masa, ruang penyerahan khas, serta lima petak pengecas EV eksklusif untuk pelanggan.

Ruang rehat pelanggan menyediakan suasana santai dengan dua konsol Nintendo, Wi-Fi percuma, minuman dan makanan ringan.

Pusat perkhidmatan selepas jualan dilengkapi dengan lapan petak servis, serta bahagian Pembaikan Badan dan Cat lengkap dengan peralatan pembaikan badan aluminium. Kemudahan ini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan aksesori, balutan kenderaan (wrapping) dan Filem Perlindungan Cat (Paint Protection Film/PPF).

Dengan pasukan 12 perunding jualan, 11 juruteknik servis dan 10 pakar Badan dan Cat, pusat ini mampu menyelenggara sehingga 520 kenderaan sebulan. Continue reading iCAUR Damansara dibuka- Pusat Pengedar Utama