WTCA Mula Pengeluaran Model Kedua Pemasangan Tempatan GAC EMKOO

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi GAC di Malaysia, hari ini memulakan pengeluaran besar-besaran untuk model kedua pemasangan tempatan (CKD), GAC EMKOO, di kilang pemasangan di Segambut, Kuala Lumpur.

Pencapaian ini menyusuli kejayaan pelancaran CKD GAC GS3 EMZOOM tahun lalu dan menandakan perkembangan kerjasama teknikal antara WTCA dan GAC International dalam usaha penyetempatan pengeluaran automotif di Malaysia. Continue reading WTCA Mula Pengeluaran Model Kedua Pemasangan Tempatan GAC EMKOO

GAC Motor & AION Terus Berkembang di Malaysia, Buka Pusat 3S Ke-20 di Plentong, Johor

Dengan keluasan 19,248 kaki persegi, pusat servis yang serba lengkap ini mempunyai 4 ‘hoist’ dan 6 ruang kerja, serta ruang yang mencukupi untuk pengembangan pada masa hadapan. Ia dikendalikan oleh pasukan berdedikasi seramai 7 juruteknik dan penasihat servis bertauliah, memastikan kualiti perkhidmatan dan kepakaran teknikal yang tinggi. Ruang pameran dan ruang istirahat pelanggan seluas 6,590 kaki persegi pula disokong oleh 7 perunding jualan profesional, memberikan pengalaman yang lancar dan selesa. Continue reading GAC Motor & AION Terus Berkembang di Malaysia, Buka Pusat 3S Ke-20 di Plentong, Johor