Rekaan Lebih Elegan & Praktikaliti Tanpa Kompromi: Honda Malaysia Lancar City Hatchback Baharu

PETALING JAYA — Honda Malaysia secara rasmi melancarkan City Hatchback Baharu, membawakan gaya segar, ketersambungan dinaik taraf, serta ciri keselamatan komprehensif untuk pasaran segmen B tempatan. Ditawarkan dalam tiga varian utama—V, Petrol RS, dan e:HEV RS—harga bermula dari RM95,900.

Model kemas kini ini menampilkan rekaan luaran yang lebih tajam dengan Lampu Hadapan Bersambung dan Lampu Bi-LED Baharu, serta rim aloi dua tona 16-inci baharu. Di bahagian kabin, ia dilengkapi kemasan papan pemuka corak 3D dengan Lampu Ambien, kerusi sport berjahitan merah untuk varian RS, sistem audio skrin sesentuh 10-inci yang lebih besar, serta Pengecas Tanpa Wayar baharu.

Praktikaliti kekal menjadi keutamaan menerusi tempat duduk ikonik ULTRA Seats yang menawarkan mod Utility, Long, Tall, dan Refresh. Dari aspek keselamatan, sistem pemantauan titik rabun (Blind Spot Information), Honda LaneWatch, dan Honda SENSING kini diberikan sebagai kelengkapan standard, dibantu sistem Kamera Pelbagai Pandangan 360° untuk varian RS.

Pilihan kuasa merangkumi enjin 1.5L DOHC i-VTEC atau hibrid 1.5L e:HEV yang menghamburkan 109PS dan tork 253Nm. Honda Malaysia turut menawarkan Waranti Bateri Hibrid 10 Tahun Perbatuan Tanpa Had bagi varian e:HEV, serta waranti 8 tahun perbatuan tanpa had untuk semua varian. Sempena pelancaran, pelanggan layak menikmati ganjaran tunai RM4,000.

Leave a Reply