GWM Malaysia Lancar Wwey G9 Hi4 HEV Baharu, Perluas Pilihan MPV Mewah Bermula RM249,800

KUALA LUMPUR — Selepas kejayaan mencatatkan penghantaran 2,000 unit model GWM WEY G9 Hi4 PHEV di seluruh negara, GWM Malaysia kini memperluaskan barisan MPV mewah segmen premium dengan memperkenalkan varian baharu: GWM WEY G9 Hi4 HEV.

Bagi memenuhi pelbagai gaya hidup dan keperluan perjalanan rakyat Malaysia, model hibrid serba baharu ini ditawarkan pada harga RM249,800, manakala varian PHEV yang mendajai pasaran dijual pada harga RM269,800 (harga atas jalan di Semenanjung Malaysia tidak termasuk insurans dan Langkawi).

Prestasi & Spesifikasi Utama G9 Hi4 HEV:

  • Trenkuasa: Enjin hibrid pengecas turbo 2.0 liter digandingkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) elektronik cerdas Hi4 GWM.
  • Kuasa Gabungan: Menghamburkan 358 PS (263 kW) dan tork maksima 782 Nm.
  • Kecekapan: Penggunaan bahan api serendah 6.5 liter/100 km (kitaran NEDC) dengan jarak pemanduan gabungan mencecah 845 km tanpa perlu dicas dari sumber luar.
  • Kemewahan & Keselesaan: Menampilkan konfigurasi tempat duduk 2+2+3, kerusi kapten Zero Gravity pada baris kedua dengan pelarasan elektrik, fungsi urutan 10-titik, upholsteri kulit Nappa, serta sistem pembatalan bising aktif HALOSonic bersama pembesar suara premium 21-titik.

Sempena pelancaran ini, GWM Malaysia menawarkan pakej pemilikan istimewa termasuk promosi pembiayaan serendah 0.08%, sokongan tukar ganti (trade-in) sebanyak RM5,000, servis percuma selama 5 tahun, serta waranti kenderaan 6 tahun perbatuan tanpa had dan waranti bateri voltan tinggi selama 8 tahun/180,000 km.

Leave a Reply