BMW F 450 GS Trophy Rasmi Masuk Malaysia, Harga Bermula RM39,900

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2026 – BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk model motosikal adventure kompak baharu, BMW F 450 GS Trophy, yang kini boleh dimiliki bermula dari RM39,900.00.

Model baharu ini menyasarkan kepada penunggang yang mahukan motosikal serba guna untuk kegunaan harian di bandar, perjalanan jauh, dan juga larian di jalan tanah ringan. Ia merupakan tawaran terbaharu jenama premium Jerman itu dalam segmen yang lebih kecil dan ringan berbanding model GS yang lain.

Ciri-ciri utama BMW F 450 GS Trophy termasuk enjin dua-silinder 48 hp yang direka bentuk semula, rangka yang kukuh, dan sistem bantuan penunggang seperti Easy Ride ClutchShift Assistant ProABS ProDynamic Traction Control, dan Riding Modes Pro.

Untuk model ‘Trophy’ ini, ia hadir dengan kelainan tersendiri seperti warna Racing Blue Metallic, cermin depan Rallyehand guardfootpegs untuk off-road, pelindung enjin aluminium, serta skrin TFT 6.5-inci dengan fungsi Sport Screen dan port USB-C.

Bagi kemudahan pemilikan, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan pembiayaan dengan anggaran bayaran bulanan serendah RM568 (berdasarkan pinjaman 90% untuk tempoh 7 tahun). Pembeli juga berhak mendapat program Premium Engine Oil InclusiveService Inclusive, dan Warranty Extension.

Harga yang diumumkan adalah harga atas jalan (OTR) tanpa insurans, tetapi merangkumi Waranti 3 Tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun daripada BMW Motorrad Malaysia.

Leave a Reply