Platinum Driver League 2026: inDrive Hargai Pemandu Terbaik, Rancang Pelan Kelestarian

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2026 – Platform mobiliti dan perkhidmatan bandar global, inDrive, hari ini meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi mereka di majlis anugerah Platinum Driver League 2026. Acara ini bukan sahaja bertujuan mengiktiraf sumbangan besar para pemandu, malah menjadi platform untuk inDrive memperkukuh komitmen mereka dalam membina ekosistem ride-hailing yang lebih adil dan mampan di Malaysia.

Sesi tersebut turut menyaksikan perkongsian mengenai momentum pertumbuhan terkini inDrive Malaysia serta fasa keutamaan syarikat bagi tahun-tahun mendatang.

Rekod Baharu Peningkatan 8.7 Peratus

Pada Mei 2026, inDrive Malaysia mencatatkan rekod volum tunggangan bulanan tertinggi setakat ini jika dibandingkan dengan Januari 2026:

  • Jumlah tunggangan selesai meningkat sebanyak 8.7%.
  • Rakan pemandu aktif berkembang sebanyak 10.2%.
  • Jumlah penumpang meningkat sebanyak 1.9%.

Bagi perbandingan bulan ke bulan (MoM), pangkalan pemandu aktif berkembang sebanyak 5.5% pada Mei 2026, manakala bilangan penumpang meningkat 1.1% berbanding April 2026. Bersama-sama momentum positif ini, inDrive turut mengumumkan kejayaan memperbaharui lesen operasi ride-hailing mereka di Malaysia, yang membolehkan syarikat terus beroperasi sehingga tahun 2028.

Fokus Kepada Kebajikan Pemandu & Kos Operasi

Memandangkan persaingan sengit dalam pasaran pasaran ride-hailing di Asia-Pasifik kini lebih tertumpu kepada kualiti perkhidmatan, ketersediaan pemandu, dan keselamatan, inDrive Malaysia mengambil langkah proaktif dengan memberi penekanan kepada inisiatif luar pendapatan tambang. Ini termasuk usaha membantu pemandu menguruskan kos operasi harian dengan lebih cekap.

Antara langkah yang telah dilaksanakan adalah kempen komisen terhad 1% di Lembah Klang yang berlangsung dari April hingga Mei 2026, membolehkan rakan pemandu menyimpan sebahagian besar daripada hasil pendapatan mereka.

Azlan Anwar, Pengurus Operasi Pemandu inDrive Malaysia, menyatakan:

“Pertumbuhan kami di Malaysia hanya boleh dicapai hasil usaha rakan pemandu yang menghubungkan komuniti setiap hari. Memandangkan kos pemanduan yang semakin meningkat, kami percaya platform mempunyai peranan untuk membantu pemandu menguruskan perbelanjaan mereka, menjana pendapatan secara mampan, dan merasa dihargai.

Melalui sokongan yang lebih bermakna, kami juga dapat memberikan pengalaman yang lebih baik kepada penumpang dan menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang ekonomi gig di Malaysia.”

Ganjaran RM100,000 Menerusi Platinum Driver League 2026

Kempen Platinum Driver League kembali buat edisi kedua dari 27 April hingga 31 May 2026, menawarkan hadiah terkumpul bernilai lebih RM100,000 kepada pemandu yang layak di Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang.

Pelbagai hadiah mingguan seperti telefon pintar, tablet, kamera papan pemuka (dashcam), dan baucar bahan api telah diagihkan. Manakala bagi hadiah utama, inDrive menawarkan sebuah Perodua Bezza 1.3 Advance 2026 dan sebuah motosikal Yamaha NVX.

Pemenang tempat pertama bagi edisi kali ini berjaya melengkapkan sebanyak 1,347 tunggangan dalam tempoh satu bulan kempen berlangsung. Secara keseluruhan, kempen ini turut mencatatkan purata peningkatan tunggangan selesai sebanyak 8.7%, membuktikan penglibatan dan respon yang sangat positif daripada komuniti pemandu.

Melangkah ke hadapan, seiring dengan evolusi ekonomi gig di Malaysia, inDrive kekal komited untuk melabur dalam inisiatif yang memperkasakan pemandu, mempromosikan pertumbuhan mampan, serta memberikan nilai jangka panjang kepada rakan pemandu dan juga penumpang.

Leave a Reply