Awas Lambakan Stok EV Lama: Pengguna Malaysia Dinasihat Semak Status Pembuatan Sebelum Beli

KUALA LUMPUR – Pasaran kenderaan elektrik (EV) terpakai dan import tidak rasmi (grey market/recon) di Malaysia dinasihatkan untuk lebih berwaspada menjelang penguatkuasaan piawaian ketat keselamatan bateri dan kenderaan di China pada Julai ini. Langkah pengetatan polisi ini dijangka akan mempercepatkan proses konsolidasi industri, sekali gus memaksa pengeluar di China menghentikan pengeluaran model lama yang tidak mematuhi standard keselamatan terkini.

Pakar industri menjonjolkan bahawa situasi ini berpotensi mencetuskan aktiviti “pembersihan stok” oleh pengeluar atau pengedar pihak ketiga di China, yang mahu melepaskan inventori model EV berasaskan standard lama ke pasaran luar, termasuk pasaran membangun seperti Malaysia. Model-model lama ini sebahagian besarnya masih bergantung kepada sistem amaran awal kebakaran 5 minit, berbanding standard baharu yang mewajibkan status sifar kebakaran (no-fire).

Sehubungan dengan itu, pembeli bijak di Malaysia digalakkan untuk menyemak dengan teliti tahu

Leave a Reply