QV-E: Perodua Perkenal EV Pertama Pada Harga RM80,000 Dengan Konsep Pajakan Bateri

Kuala Lumpur, 1 Disember 2025 – Perodua telah melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya yang diberi nama QV-E pada harga RM80,000 (harga runcit, tidak termasuk insurans dan bateri), sebagai sebahagian daripada agenda syarikat kereta nasional ini untuk membangunkan ekosistem EV yang mampan.

QV-E, yang merupakan singkatan kepada “Quest for Visionary Electric Vehicle”, memerlukan kos pembangunan sebanyak RM800 juta dan dihasilkan di kemudahan pembuatan terbaru Perodua iaitu “Smart Mobility Plant”.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Buat masa ini, kami mampu menghasilkan 500 unit sebulan, tetapi kami akan dapat menawarkan 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga tahun 2026.

“Spesifikasi dan KeupayaanQV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dan mempunyai kapasiti jarak perjalanan sehingga 445KM (NEDC) bergantung kepada gaya pemanduan, suhu dan keadaan jalan raya.

Model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini termasuk sistem Child Presence Detection (CPD).

Sistem ini akan memberi amaran kepada pemandu jika terdapat kanak-kanak atau haiwan peliharaan di dalam kereta kerana ia dapat mengesan dan menjejak pergerakan serta tanda-tanda vital (seperti pernafasan) di tempat duduk baris kedua dan di dalam kawasan ruang kaki kereta.

Sistem ini juga dapat mengesan pergerakan walaupun di bawah penutup fabrik.”Semua ciri dalam QV-E dicipta dengan mengambil kira fungsi terkini, keselamatan canggih dan keselesaan berdasarkan kajian terperinci yang dijalankan oleh jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kami,” kata Dato’ Sri Zainal.

“Akhirnya, model ini adalah hasil daripada rakyat Malaysia yang berganding bahu untuk mencipta sesuatu yang unik milik kita, dari reka bentuk hingga kejuruteraan, QV-E menawarkan laluan yang boleh memberi manfaat kepada kita semua,” tambahnya.

Peranan dalam Ekosistem EV NasionalDalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 September 2023, Perodua telah dilantik untuk menerajui dan memimpin pengeluar automotif tempatan dalam membangunkan ekosistem EV.

Perodua sedang giat bekerjasama dengan vendor tempatan untuk melokalkan komponen kepada lebih 50% menjelang awal 2026 dan kepada 70% menjelang 2030. Setakat ini, sejumlah 52 syarikat Malaysia membekalkan komponen auto untuk QV-E dan syarikat kereta kompak ini sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah kepada 70 vendor dalam tempoh 5 tahun (menjelang 2030).

Diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, Perodua berjaya menghasilkan kenderaan EV dalam tempoh 28 bulan.

“Sokongan yang diberikan kepada kami oleh kerajaan amat penting dalam merevolusikan ekosistem EV Malaysia dan pada masa yang sama memberi perhatian besar terhadap kualiti, kebolehpercayaan dan teknologi digital terkini,” kata Dato’ Sri Zainal.Konsep ‘Battery as a Service’Pembeli sasaran utama terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan ke atas, pembeli kereta tambahan atau pembeli kereta pengganti untuk kegunaan harian atau perjalanan hujung minggu.

Perodua juga memperkenalkan konsep pajakan bateri yang dikenali sebagai ‘Battery as a Service’ di mana badan kereta dijual secara berasingan daripada bateri.”Konsep ini adalah penyelesaian kami ke arah mengurangkan kebimbangan pemilik apabila memiliki kenderaan elektrik bateri.

Dengan menawarkan perkhidmatan ini, kami akan dapat menawarkan jaminan seumur hidup ke atas bateri untuk ketenangan fikiran pelanggan kami,” jelas Dato’ Sri Zainal.QV-E ditawarkan dalam dua pilihan warna, “Ice Blue” dan “Caviar Grey” dan hanya tersedia di pusat jualan Perodua terpilih.

Leave a comment