KUALA LUMPUR, 22 November 2025 – SV Prestige Auto membuka pusat 4S Isuzu baharu di Balakong dengan kemudahan jualan, servis, alat ganti dan cat serta baik pulih badan yang lengkap.

SV Prestige Auto membuka pusat 4S Isuzu baharu di Balakong dengan kemudahan jualan, servis, alat ganti dan cat serta baik pulih badan yang lengkap.
Isuzu Malaysia melancarkan kemudahan terbaharu di Lembah Klang yang menawarkan perkhidmatan lengkap termasuk jualan kenderaan baharu Isuzu, layanan selepas jualan serta kemudahan mengecat dan baik pulih badan yang bertauliah.
Pusat Isuzu 4S terbaharu ini dikendalikan oleh SV Prestige Auto dan terletak di Balakong berhadapan dengan Lebuhraya Penyuraian Kajang. Ia menjadi pengedar ketiga dengan kemudahan 4S bersepadu di Lembah Klang.

“Pembukaan Pusat 4S Isuzu terbaharu ini menampilkan kemudahan moden dan bersepadu yang mencerminkan usaha berterusan kami untuk memastikan pemilikan kenderaan Isuzu menjadi satu pengalaman yang menyenangkan. Dengan menawarkan layanan dan servis penjagaan kenderaan yang lengkap di bawah satu bumbung, pelanggan boleh berlapang dada kerana kenderaan Isuzu mereka menerima penjagaan yang menyeluruh dan terjamin,” kata Tomoyuki Yamaguchi, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia.
Menampilkan identiti korporat baharu Isuzu, cawangan ini terletak di kawasan perindustrian ringan baharu. Di dalam bilik pameran, dua unit trak pikap dipamerkan. Bakal pelanggan boleh memilih spesifikasi dan warna daripada paparan bebas-kertas dan meninjau secara digital kemampuan D-Max dalam persekitaran luar jalan serta kemampuan keselamatan canggih melalui simulator realiti maya.
Pusat servis cukup luas untuk mengendalikan enam kenderaan sekaligus, menjadikannya sesuai untuk servis pantas. Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu ini bukan sahaja menjalankan kerja penyelenggaraan biasa, tetapi juga mempunyai jentera jajaran roda sendiri serta kebuk mengecat saiz penuh untuk menampung keperluan baik pulih kenderaan pelanggan yang kemalangan.

Pusat cat dan badan kenderaan kini diiktiraf oleh syarikat insurans automotif yang besar dan menjadi panel kepada lima syarikat penanggung insurans utama. Ia juga sedang menunggu kelulusan untuk menjalankan baik pulih kemalangan berat.
“Melalui bimbingan Isuzu Malaysia dan juga pelanggan kami, kami telah mampu memusatkan semua operasi kami di pusat 4S ini. Saya berharap dengan kemudahan baharu kami, pelanggan akan dapat menikmati pengalaman yang lebih selesa dan nyaman untuk semua keperluan mereka berkaitan Isuzu,” kata Ryan Tham, Pengarah Urusan SV Prestige Auto.
Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu baharu terletak di Lot 1917-B, Jalan KPB 7, Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong. Bilik pameran dibuka setiap hari manakala pusat servis dibuka dari Isnin hingga Sabtu.





