MELAKA, 14 November 2025 – EON Auto Mart membuka pusat 3S Mitsubishi Motors baharu di Melaka Autocity dengan kemudahan jualan, servis dan alat ganti yang lengkap.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedar sah EON Auto Mart (EAM) membuka pusat 3S (Sales, Service & Spare Parts) baharu di Melaka. Pusat ini merupakan peningkatan dari operasi 1S+2S sebelum ini kepada kemudahan 3S yang lengkap.
Pusat baharu ini terletak di No. 1, Jalan Autocity 3, Melaka Autocity, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal. Bangunan seluas 7,465 kaki persegi ini boleh menempatkan enam kenderaan pameran dan mempunyai kawasan penyerahan jualan khusus.
Kemudahan servis dilengkapi dengan 10 ruang servis termasuk tujuh hos angkat. Pelanggan boleh menikmati kemudahan Wi-Fi percuma, ruang menunggu yang selesa dan kawasan permainan kanak-kanak.
“Melaka adalah antara tiga negeri teratas untuk kehadiran Triton, manakala Xpander adalah MPV bukan nasional nombor satu di Melaka dan Malaysia. Pembukaan pusat baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemilik Mitsubishi Motors,” kata Takashi Sakamaki, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.
EON Auto Mart telah menjadi rakan kongsi Mitsubishi Motors Malaysia sejak 2005. Cawangan Melaka yang ditubuhkan pada 2009 kini telah dinaik taraf sepenuhnya. Reka bentuk pusat baharu ini selaras dengan identiti jenama Mitsubishi Motors global dengan mesej “Drive Your Ambition”.
EAM kini mengendalikan sembilan showroom Mitsubishi Motors di seluruh negara. Pusat EAM Melaka dibuka dari Isnin hingga Ahad, 8 pagi hingga 5 petang.



