MG Motor Malaysia Ungguli Pasaran Asia & Oceania, Catat Jualan Terbaik MG Cyberster

MG Motor Malaysia dengan bangganya mengumumkan satu pencapaian bersejarah apabila dinobatkan sebagai pasaran nombor 1 terlaris bagi model MG Cyberster di seluruh rantau Asia dan Oceania.

Sejak kemunculan rasminya pada Disember 2024, MG Cyberster telah memenangi hati peminat automotif dan pelanggan dengan reka bentuk ikonik dan prestasi pemanduan sifar emisi yang mendebarkan. Sebagai kereta sport roadster elektrik beratap lembut yang pertama di dunia dengan pintu jenis “scissor doors”, model ini menawarkan pengalaman pemanduan yang berani dan inovatif kepada rakyat Malaysia.

Dalam tempoh hanya beberapa bulan, MG Motor Malaysia telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan menerima lebih 90 tempahan, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran berprestasi terbaik untuk Cyberster di seluruh rantau.

Populariti kereta ini di jalan raya disokong oleh pengiktirafan antarabangsa yang berprestij. MG Cyberster telah menerima pelbagai anugerah reka bentuk global seperti Good Design Award, Red Dot Design Award, dan iF Design Award. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai ekspresi revolusioner dalam era kenderaan elektrik (EV).

Pencapaian ini menandakan satu detik penting dalam perjalanan MG di Malaysia. Ia bukan sahaja mencerminkan kekuatan jenama yang semakin berkembang dan peningkatan pangkalan pelanggan, tetapi juga membuktikan hubungan emosi yang telah terjalin dengan rakyat Malaysia terhadap Cyberster—sebuah kereta sport elektrik yang berani tampil berbeza.

Dengan pengecualian duti eksais dan import kerajaan yang masih berkuat kuasa, ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki MG Cyberster. Berharga dari RM299,900 untuk pacuan roda belakang dan RM319,900 untuk pacuan empat roda, roadster menawan ini membawa keseronokan prestasi elektrik terbuka dengan pintu yang dramatik, kini mampu dimiliki oleh lebih ramai rakyat Malaysia berbanding sebelum ini.

Untuk meraikan kejayaan ini, MG Motor Malaysia akan menganjurkan siri acara pandu uji eksklusif di lokasi terpilih di seluruh negara. Pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini akan menerima pakej pengecasan tanpa had percuma selama setahun dengan JomCharge, termasuk fungsi AutoCharge, Pengecas Dinding AC 7kW¹, Model Diecast MG Cyberster edisi terhad², dan pelbagai hadiah eksklusif lain.

Jadual Acara Pandu Uji Eksklusif MG Cyberster:

  • 9 & 10 Ogos 2025: MG Motor Seri Kembangan
  • 16 & 17 Ogos 2025: MG Motor Klang
  • 23 & 24 Ogos 2025: MG Motor Ipoh
  • 30 & 31 Ogos 2025: MG Motor Tebrau
  • 6 & 7 September 2025: MG Motor Plentong
  • 9 & 10 September 2025: MG Motor Muar
  • 13 & 14 September 2025: MG Motor Juru
  • 20 & 21 September 2025: MG Motor Ipoh
  • 27 & 28 September 2025: MG Motor Damansara
  • 4 & 5 Oktober 2025: MG Motor Skudai

Dengan momentum yang berterusan, pencapaian serantau ini menekankan komitmen jenama MG untuk menyampaikan reka bentuk yang memukau, prestasi yang menggembirakan, dan inovasi yang mudah diakses kepada pemandu di seluruh Malaysia.

Leave a comment