Proton Mula Program Pemasangan Tempatan e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim. Kandungan Tempatan 30 Peratus

Proton memulakan pemasangan tempatan (CKD) e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim dengan 30 peratus kandungan tempatan. Dipacu teknologi EM-i, model terlaris ini menawarkan kecekapan tinggi dan penambahbaikan premium. Langkah ini memperkukuh ekosistem automotif negara menerusi pelaburan RM37 juta bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 42,000 unit. Continue reading Proton Mula Program Pemasangan Tempatan e.MAS 7 PHEV di Tanjong Malim. Kandungan Tempatan 30 Peratus

Proton Labur Pada Bakat TVET di AHTV: Melahirkan Generasi Pakar Automotif Masa Depan

Proton terus memperkukuhkan peranannya dalam pembangunan bakat tempatan menerusi penganjuran lawatan industri untuk pelatih teknikal di Automotive High-Tech Valley (AHTV). Langkah ini dilihat sebagai usaha serampang dua mata: menyokong komuniti setempat dan memastikan rantaian bekalan tenaga kerja mahir negara sentiasa mampan. Continue reading Proton Labur Pada Bakat TVET di AHTV: Melahirkan Generasi Pakar Automotif Masa Depan

DRB dan Geely tandatangan perjanjian kerjasama untuk Automotive High Tech Valley

Automotive High Tech Valley (AHTV) emengambil satu langkah penting ini dengan Perjanjian Kerjasama Utama (“MCA”) antara DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”) dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (“Geely Holding”). MCA ini memperincikan prinsip asas, rangka kerja pentadbiran, dan komitmen bersama projek AHTV, termasuk peranan tertentu yang akan dijalankan untuk inisiatif pembangunan dan promosi. Penandatanganan perjanjian hari ini membawa kerjasama antara DRB-HICOM dan Geely Holding ke peringkat … Continue reading DRB dan Geely tandatangan perjanjian kerjasama untuk Automotive High Tech Valley