Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Malaysia

Ciri istimewa Raptor Sport adalah roda gaya beadlock yang direka dengan lubang berulir untuk memasang cincin beadlock sebenar (dijual berasingan). Untuk pemanduan harian, roda ini dipasang dengan “beauty rings” yang bergaya. Apabila dipasang cincin beadlock, ia membolehkan tekanan tayar rendah untuk cengkaman lebih baik di kawasan lasak.

Model ini turut menampilkan reka bentuk dekal Raptor khas dan Sport Hoop baharu yang meningkatkan profil dan watak off-road yang berani. Continue reading Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Malaysia

Proton e.MAS 5 Jana Siaran Radio Langsung Pertama Dari EV Di Malaysia

Satu acara istimewa diadakan pada 15 November dari 4 petang hingga 6 petang, di mana Hot FM mengadakan sesi langsung bertajuk “Electric on Air”. Ini adalah kali pertama sebuah EV digunakan untuk menjana kuasa bagi siaran radio langsung di Malaysia.

Sesi ini dihoskan oleh DJ Hot FM, Fizi dan Aishah, dan dijana kuasa sepenuhnya oleh fungsi Vehicle-to-Load (V2L) Proton e.MAS 5. Fungsi V2L ini membolehkan kenderaan membekalkan kuasa kepada peralatan luar seperti acara dan persediaan hiburan. Continue reading Proton e.MAS 5 Jana Siaran Radio Langsung Pertama Dari EV Di Malaysia

Dengan Lebih 170,000 Unit Terjual, Honda Perkenal HR-V Baharu untuk Kekalkan Legasi

Pelancaran ini juga menandakan satu peristiwa penting kerana kami meraikan 21 tahun kepimpinan hibrid Honda di Malaysia, perjalanan inovasi dan komitmen terhadap mobiliti lestari. Daripada perintis teknologi hibrid canggih sehinggalah sentiasa memperhalusi produk kami berdasarkan maklum balas pelanggan, HR-V mencerminkan dorongan Honda untuk memberikan mobiliti yang canggih, dipercayai, dan menyeronokkan. Kami yakin HR-V Baharu sentiasa menjadi dan akan menjadi teman yang tiada tandingan, menginspirasi laluan kebebasan baharu dan mencipta detik yang akan anda hargai selamanya. Inilah yang kami maksudkan dengan ‘The Power of Dreams’ dan ‘How We Move You’. Continue reading Dengan Lebih 170,000 Unit Terjual, Honda Perkenal HR-V Baharu untuk Kekalkan Legasi

Versys Modenas datang lengkap untuk jelajah pada RM24,900

Model Kawasaki Versys memang dianggap sebagai sebuah motosikal jelajah yang sesuai untuk mereka yang berimaginasi luas untuk melihat dunia. Rekabentuk praktikal dengan kerangka tulang belakang yang terbukti kukuh dan lasak serta rekabentuk yang memberikan ruang keselesaan untuk tunggangan jarak jauh antara tarikan besar model ini. Tawaran enjin dua silinder berkembar yang menawarkan tahap gegaran yang lebih rendah dari jentera silinder tunggal meningkatkan tahap prestasi motosikal … Continue reading Versys Modenas datang lengkap untuk jelajah pada RM24,900