Beli Lori Fuso Canter 5 dan menang Mercedes C-Class

Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd (HSTD), Pengedar Umum Malaysia untuk Daimler Trucks mengumumkan pelancaran FUSO Canter Euro 5, yang dijadualkan pada tahun 2024. Menurut Hap Seng ini bukanlah sekadar sebuah trak; ia adalah satu komitmen kepada masa depan yang lebih bersih dan lestari. Selain daripada pelepasan emisi yang lebih rendah, generasi baru Trak Fuso akan lebih mesra alam dan berkesan dari segi penggunaan bahan … Continue reading Beli Lori Fuso Canter 5 dan menang Mercedes C-Class

Yaris terus popular dalam segman B bukan kebangsaaan

Model terbaru termasuk peningkatan dalam gaya dan teknologi Shah Alam, 18 September 2023 – Didorong oleh kedudukan utamanya dalam pasaran hatchback B-segment bukan kebangsaan, UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Yaris IMP dengan facelift yang kini dilengkapi dengan penambahbaikan reka bentuk, teknologi baharu, dan suasana dalaman yang segar. Model Toyota Yaris terbaru ini membina kejayaan besar model semasa yang telah terjual lebih daripada 60,300 unit sejak … Continue reading Yaris terus popular dalam segman B bukan kebangsaaan

Gentari Jalin Kerjasama Bersama Sarawak Energy Untuk Membuka Stesen Cas EV Pertama di Sarawak

Syarikat penyelesaian tenaga bersih, Gentari, melalui anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, telah memperluaskan rangkaian cas kenderaan elektrik (EV) mereka ke Sarawak dalam kerjasama bersama Sarawak Energy Berhad (SEB). Titik cas pertama di negeri ini terletak di ICOM Square Kuching, lokasi gaya hidup strategik dengan akses mudah ke pusat beli-belah, restoran, dan bangunan pejabat. Stesen ini menawarkan tiga titik cas, dua daripadanya dilengkapi dengan … Continue reading Gentari Jalin Kerjasama Bersama Sarawak Energy Untuk Membuka Stesen Cas EV Pertama di Sarawak

Versys Modenas datang lengkap untuk jelajah pada RM24,900

Model Kawasaki Versys memang dianggap sebagai sebuah motosikal jelajah yang sesuai untuk mereka yang berimaginasi luas untuk melihat dunia. Rekabentuk praktikal dengan kerangka tulang belakang yang terbukti kukuh dan lasak serta rekabentuk yang memberikan ruang keselesaan untuk tunggangan jarak jauh antara tarikan besar model ini. Tawaran enjin dua silinder berkembar yang menawarkan tahap gegaran yang lebih rendah dari jentera silinder tunggal meningkatkan tahap prestasi motosikal … Continue reading Versys Modenas datang lengkap untuk jelajah pada RM24,900

Pusat ujian Proton terima akreditasi antara bangsa untuk kecekapan ujian penentukuran

Shah Alam, 30 Ogos 2023 – PROTON, syarikat automotif nasional, telah meraih pengiktirafan penting dalam usaha berterusan untuk membina kenderaan berkualiti tinggi. Pusat ujian dalaman syarikat yang berpusat di Shah Alam, yang dikenali sebagai Pusat Ujian Proton, kini telah dianugerahkan akreditasi ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Sijil akreditasi ini telah diserahkan kepada PROTON oleh Ketua Pengarah … Continue reading Pusat ujian Proton terima akreditasi antara bangsa untuk kecekapan ujian penentukuran

Mercedes-Benz Malaysia Ucap Selamat Hari Merdeka dan Tease Model SUV EV Terbaru

PETALING JAYA, 29 Ogos 2023 – Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini menghantar ucapan Hari Merdeka kepada pihak media, dan dalam e-mel tersebut, mereka melampirkan gambar sebuah kenderaan yang bakal menyertai perarakan pada 31 Ogos di Putrajaya. Dalam gambar tersebut, kita dapat melihat dengan jelas running board kenderaan itu. Berdasarkan pandangan visual ini, model ini dengan jelas merupakan anggota siri EQ kerana ia mempunyai ruang untuk cecair … Continue reading Mercedes-Benz Malaysia Ucap Selamat Hari Merdeka dan Tease Model SUV EV Terbaru

Cepat betul program CKD Chery bermula; Tahniah orang Kulim

Hanya beberapa bulan selepas pelancaran model Omoda 5 dan Tiggo, jenama China, Chery, telah melangkah lebih jauh dengan menerima model pertama hasil pemasangan tempatan mereka di kilang CKD Inokom, Kulim, Kedah. Ini adalah satu detik bersejarah kerana ia menjadi kali pertama jenama China secara serius terlibat dalam program CKD di Malaysia. Sebelum ini, berita mengenai pemasangan tempatan lazimnya melibatkan jenama dari Jepun, Korea, atau Eropah. … Continue reading Cepat betul program CKD Chery bermula; Tahniah orang Kulim

Promosi Besar-Besaran ‘Massive Deals for Merdeka’ oleh Ducati Malaysia

Kepada semua peminat jenama motosikal Ducati, mereka sekali lagi mengajak korang semua untuk terbit ke bilik pameran dan membuka dompet seluas luasnya untuk mengambil peluang yang hebat termasuk harga runtuh. Ducati Malaysia mengadakan promosi besar-besaran ‘Massive Deals for Merdeka’ sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia dengan memberikan tawaran yang sukar ditolak kepada semua peminat jenama dua roda Itali tersebut tak kira yang sudah memiliki atau … Continue reading Promosi Besar-Besaran ‘Massive Deals for Merdeka’ oleh Ducati Malaysia