Rali Eropah Tengah: Toyota Gazoo Racing Mendahului Pada Hari Pertama

Ogier menjadi yang terpantas pada larian pertama dan kedua sesi shakedown dan menamatkan saingan di tempat kedua terpantas, hanya di hadapan rakan sepasukan dan pencabar kejuaraan terdekatnya, Elfyn Evans.

Para pemandu perlu mengharungi jarak kompetitif sejauh 25.66 kilometer pada hari pembukaan. Ini terdiri daripada dua laluan versi lanjutan sesi shakedown di jalan raya sekitar bandar spa Bavaria, Bad Griesbach. Ogier menjadi yang terpantas dalam laluan pertama pada sebelah petang dengan kelebihan 1.7 saat ke atas Rovanperä dan Adrien Fourmaux (Hyundai). Laluan kedua berlangsung pada sebelah malam ketika hari mula gelap, dan kali ini Rovanperä menjadi yang terpantas dengan kelebihan 0.1 saat ke atas Ogier. Continue reading Rali Eropah Tengah: Toyota Gazoo Racing Mendahului Pada Hari Pertama

Tesla terus mendahului jualan EV di Eropah, pasaran melonjak 48%

Sebanyak 234,000 kenderaan plugin didaftar pada bulan Julai di Eropah, meningkat sebanyak +48% berbanding tahun sebelumnya (YoY), pertumbuhan tertinggi dalam pasaran sejak Ogos 2021. PAda masa yang sama pasaran keseluruhan juga berkembang tetapi tidak sama pesat, berkembang 17%. Segmen kenderaan plugin Eropah pada bulan lepas adalah 23% (15% elektrik penuh/BEV). Keputusan itu menjadikan bahagian kenderaan plugin tahun 2023 adalah 22% (15% untuk BEV sahaja). BEV … Continue reading Tesla terus mendahului jualan EV di Eropah, pasaran melonjak 48%