Berita Utama: smart Malaysia perkenal #1 Brabus pertama di Asia Tenggara

smart Malaysia dengan rasminya memperkenalkan model terbaru, Smart #1 varian BRABUS, di Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS). Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, dan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, YB Chang Lih Kang, menandakan masuknya pasaran ASEAN pertama untuk smart EV prestasi tinggi ini. Smart #1 BRABUS, hasil kerjasama antara smart dan BRABUS, merangkumi lebih dari … Continue reading Berita Utama: smart Malaysia perkenal #1 Brabus pertama di Asia Tenggara

Smart Brabus di IGEM 2023

Smart nampaknya membawa varian prestasi tinggi #1 Brabus ke acara teknologi hjijau Greentech yang sedang berlangsung di KL Convention Centre. Yang berselubung tu rasanya dia lah tu. Macamana kita tahu? Tengok rim tu nampak macam sama dengan dalam gambar promosi model Brabus. Model ni menawarkan masa pecutan ke 100km/h dalam tempoh 3.9 saat, cukuplah untuk buat kita seronok bila jumpa jalan kosong sikit. Smart #1 … Continue reading Smart Brabus di IGEM 2023

MAA Mahu Insentif BEV Meliputi Hybrid dan PHEV – Adakah Ini Akan Perlambat BEV?

Industri automotif Malaysia juga tidak lupa dengan polisi hybrid lalu yang bersifat jangka pendek dan beberapa jenama kesal dengan keputusan tersebut kerana mereka sudah berbelanja untuk membangunkan pasaran. Kali ini MAA meminta kerajaan untuk menyatakan dengan jelas satu polisi yang lebih berbentuk jangka panjang yang lebih sesuai dengan sektor automotif yang memerlukan modal besar jangka panjang kerana setiap model berada di pasaran lima hingga tujuh tahun. Continue reading MAA Mahu Insentif BEV Meliputi Hybrid dan PHEV – Adakah Ini Akan Perlambat BEV?

Lima Teknologi Utama yang Penting dalam Peralihan kepada Kenderaan Elektrik (EV)

Teknologi-teknologi ini, bersama-sama dengan kemajuan dalam pemanduan autonomi, komunikasi kenderaan-ke-grid (V2G), dan amalan pembuatan lestari, akan memainkan peranan besar dalam kejayaan peralihan kepada mobiliti elektrik dan mengurangkan impak alam sekitar pengangkutan. Continue reading Lima Teknologi Utama yang Penting dalam Peralihan kepada Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan Sambut Ulangtahun Ke-20 Studio Reka Bentuk London dengan Persembahan Kereta Konsep Concept 20-23

Nama Concept 20-23 mencerminkan 20 tahun kedudukan NDE di tengah-tengah London, serta nombor tradisional syarikat iaitu 2 (ni) 3 (san) dan tahun semasa. Ia juga meneruskan tradisi panjang Nissan dalam membawa elemen kreatif kepada dunia hatchback dan kereta bandar yang mencuri perhatian. Continue reading Nissan Sambut Ulangtahun Ke-20 Studio Reka Bentuk London dengan Persembahan Kereta Konsep Concept 20-23

Tesla terus mendahului jualan EV di Eropah, pasaran melonjak 48%

Sebanyak 234,000 kenderaan plugin didaftar pada bulan Julai di Eropah, meningkat sebanyak +48% berbanding tahun sebelumnya (YoY), pertumbuhan tertinggi dalam pasaran sejak Ogos 2021. PAda masa yang sama pasaran keseluruhan juga berkembang tetapi tidak sama pesat, berkembang 17%. Segmen kenderaan plugin Eropah pada bulan lepas adalah 23% (15% elektrik penuh/BEV). Keputusan itu menjadikan bahagian kenderaan plugin tahun 2023 adalah 22% (15% untuk BEV sahaja). BEV … Continue reading Tesla terus mendahului jualan EV di Eropah, pasaran melonjak 48%

Harga Lithium di China Dijangka berhenti menurun pada Bulan September – Pembekal Mengurangkan Pengeluaran, Menurut TrendForce

Harga lithium karbonat bagi bateri masih terus merudum, tetapi pembekal lithium telah mula mengurangkan pengeluaran dan pasaran menantikan musim permintaan September-Oktober, menurut TrendForce. Harga lithium karbonat, bahan mentah penting untuk bateri, terus merosot sepanjang bulan lalu, selepas mengalami pemulihan seketika pada suku kedua. Walau bagaimanapun, penurunan ini mungkin tidak akan berlangsung lama, menurut laporan terkini. Harga lithium dijangka akan berhenti merudum dan stabil pada bulan … Continue reading Harga Lithium di China Dijangka berhenti menurun pada Bulan September – Pembekal Mengurangkan Pengeluaran, Menurut TrendForce