Toyota Menggemparkan Pasaran Malaysia: Tiga Model BEV Dilancarkan Serentak!

UMWT memberikan jaminan yang menyeluruh untuk ketenangan minda pemilik:

Waranti Kenderaan: 5 tahun (perbatuan tanpa had untuk bZ4X dan Urban Cruiser; had 150,000 km untuk Hilux BEV).

Waranti Bateri: 8 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Kehadiran tiga model ini sekali gus membuktikan bahawa Toyota tidak hanya menunggu, tetapi kini memacu arus elektrifikasi di Malaysia Continue reading Toyota Menggemparkan Pasaran Malaysia: Tiga Model BEV Dilancarkan Serentak!

Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

Bagi bulan Mac sahaja, PROTON merekodkan jualan sebanyak 15,706 unit (merangkumi model ICE, EV, dan PHEV), meningkat 15.4% berbanding Februari dan 12.8% lebih tinggi berbanding Mac 2025. Pertumbuhan tahun-ke-tarikh (YTD) kini berada pada tahap 40.1%, mengatasi aliran industri automotif tempatan (TIV) yang dianggarkan menyusut 4.9% bagi tempoh yang sama.

Pegangan pasaran PROTON bagi Mac dijangka mencecah 25.1%, manakala pegangan pasaran YTD diramal sekitar 27.4%, tahap tertinggi buat syarikat sejak 2017. Continue reading Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

Tesla Model Y L Mendarat Di Malaysia: Lebih Panjang, 6-Tempat Duduk, Lambat, Tapi Akhirnya Fungsi V2L ditawarkan

Perubahan fizikal ini bukan sahaja memberi ruang kaki yang lebih luas, malah bumbungnya juga ditingkatkan sedikit bagi memastikan penumpang di baris ketiga tidak merasa terhimpit. Berbeza dengan versi 7-tempat duduk di pasaran luar, versi Malaysia ini menggunakan susunan 2-2-2. Penggunaan captain seat di baris kedua bermaksud akses ke baris ketiga menjadi jauh lebih mudah melalui lorong tengah. Continue reading Tesla Model Y L Mendarat Di Malaysia: Lebih Panjang, 6-Tempat Duduk, Lambat, Tapi Akhirnya Fungsi V2L ditawarkan

Sticky post

Proton e.MAS 7 2026 Adalah Pilihan Tepat Untuk Berpisah Dengan Kereta Petrol

Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan, lebih daripada  9,000 unit  Proton e.MAS 7 telah dijual sejak bulan Januari 2025.

Minat terhadap EV terus meningkat di dua bulan pertama 2026 dan dijangka akan terus naik kerana perang antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran dijangka akan menyebabkan kenaikan berterusan harga minyak dunia. Continue reading Proton e.MAS 7 2026 Adalah Pilihan Tepat Untuk Berpisah Dengan Kereta Petrol

Sticky post

PHEV sebagai  “Jaring Keselamatan”, Kenapa Proton e.MAS 7 PHEV Pilihan Bijak Rakyat Malaysia

Apa yang buat e.MAS 7 PHEV ni lain daripada yang lain adalah “EM-i Advanced Hybrid Technology”. Ini bukan komponen biasa, tapi sistem yang sangat bersepadu. Continue reading PHEV sebagai  “Jaring Keselamatan”, Kenapa Proton e.MAS 7 PHEV Pilihan Bijak Rakyat Malaysia

Proton e.MAS 5 Kukuh Kedudukan Sebagai EV No. 1 Malaysia; Lepasi Jualan 5,000 Unit

Model pertama dari sub-jenama PRO-NET ini secara rasmi telah melepasi angka jualan 5,000 unit, sekali gus mengekalkan takhtanya sebagai EV paling laris di Malaysia bagi bulan Januari dan Februari 2026. Continue reading Proton e.MAS 5 Kukuh Kedudukan Sebagai EV No. 1 Malaysia; Lepasi Jualan 5,000 Unit

Risau dengan Jarak Brek Kenderaan Elektrik (EV) Anda? Toyo Tires Lancar Proxes Comfort, Jawapan kepada Kestabilan dan Keselamatan Mobiliti Moden

Proxes Comfort direka khusus di Jepun untuk memberikan pengalaman pemanduan yang tenang dan stabil, terutamanya bagi pemandu kenderaan segmen B, C, dan E yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh serta menggunakan lebuh raya.

Kejuruteraan tayar ini memberikan tumpuan kepada tiga kualiti utama yang diperlukan oleh pemandu di Malaysia, iaitu cengkaman basah yang kukuh untuk menghadapi cuaca hujan yang kerap, pengendalian yang stabil ketika mengambil selekoh, serta tahap keselesaan tunggangan yang tinggi. Continue reading Risau dengan Jarak Brek Kenderaan Elektrik (EV) Anda? Toyo Tires Lancar Proxes Comfort, Jawapan kepada Kestabilan dan Keselamatan Mobiliti Moden

Proton e.MAS 7 2026 Kini Pemasangan Tempatan; Harga Promosi Bermula RM99,800

SUBANG JAYA, 20 Januari 2026 – PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, secara rasmi memperkenalkan model Proton e.MAS 7 versi 2026 yang kini dipasang sepenuhnya di Malaysia (CKD). Langkah ini menandakan pencapaian penting dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara dengan tawaran harga yang lebih berpatutan iaitu bermula daripada RM99,800 bagi varian Prime melalui tawaran manfaat aluan untuk tempoh terhad. Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang … Continue reading Proton e.MAS 7 2026 Kini Pemasangan Tempatan; Harga Promosi Bermula RM99,800

Mercedes-Benz Malaysia Pratonton CLA Elektrik Baharu; Harga Anggaran Bermula RM295,888

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memberikan bayangan awal bagi model elektrik sepenuhnya (EV) yang amat dinantikan, Mercedes-Benz CLA baharu. Pratonton eksklusif ini berlangsung di pusat pameran Stars@Mercedes-Benz Bangsar dari 15 hingga 18 Januari 2026, menandakan lembaran baharu dalam mobiliti mewah bagi jenama itu di Malaysia. Perisian Pintar dan Integrasi AI Model CLA generasi ketiga ini merupakan kenderaan pertama yang menggunakan sistem operasi MB.OS … Continue reading Mercedes-Benz Malaysia Pratonton CLA Elektrik Baharu; Harga Anggaran Bermula RM295,888

Volkswagen Cipta Rekod: Kenderaan Baharu Siap Dalam 18 Bulan Sahaja Hasil Kerjasama dengan Xpeng

Kerjasama dengan Xpeng, sebuah syarikat yang terkenal dengan pembangunan teknologi EV yang tangkas, membawa metodologi dan budaya kerja startup yang lebih lincah kepada Volkswagen. Xpeng telah membuktikan keupayaan mereka menghasilkan kenderaan pintar dengan pantas di pasaran China yang sangat kompetitif. Continue reading Volkswagen Cipta Rekod: Kenderaan Baharu Siap Dalam 18 Bulan Sahaja Hasil Kerjasama dengan Xpeng