TIV April 2026 Melonjak 17 Peratus Dipacu Pemulihan Pengeluaran Dan Ketahanan Ekonomi Suku Pertama

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan bahawa angka jualan April tersebut turut memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 14 peratus jika dibandingkan dengan bulan Mac sebelumnya, sekali gus menandakan trend peningkatan pasaran tempatan bagi dua bulan berturut-turut. 

Prestasi kukuh ini disokong secara langsung oleh lonjakan jumlah pengeluaran kenderaan tempatan yang mencapai 70,611 unit pada April, berikutan pembukaan semula operasi kilang-kilang pemasangan selepas ditutup seketika untuk cuti perayaan pada bulan Mac. Continue reading TIV April 2026 Melonjak 17 Peratus Dipacu Pemulihan Pengeluaran Dan Ketahanan Ekonomi Suku Pertama