Toyota Menggemparkan Pasaran Malaysia: Tiga Model BEV Dilancarkan Serentak!

UMWT memberikan jaminan yang menyeluruh untuk ketenangan minda pemilik:

Waranti Kenderaan: 5 tahun (perbatuan tanpa had untuk bZ4X dan Urban Cruiser; had 150,000 km untuk Hilux BEV).

Waranti Bateri: 8 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Kehadiran tiga model ini sekali gus membuktikan bahawa Toyota tidak hanya menunggu, tetapi kini memacu arus elektrifikasi di Malaysia Continue reading Toyota Menggemparkan Pasaran Malaysia: Tiga Model BEV Dilancarkan Serentak!

Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

Bagi bulan Mac sahaja, PROTON merekodkan jualan sebanyak 15,706 unit (merangkumi model ICE, EV, dan PHEV), meningkat 15.4% berbanding Februari dan 12.8% lebih tinggi berbanding Mac 2025. Pertumbuhan tahun-ke-tarikh (YTD) kini berada pada tahap 40.1%, mengatasi aliran industri automotif tempatan (TIV) yang dianggarkan menyusut 4.9% bagi tempoh yang sama.

Pegangan pasaran PROTON bagi Mac dijangka mencecah 25.1%, manakala pegangan pasaran YTD diramal sekitar 27.4%, tahap tertinggi buat syarikat sejak 2017. Continue reading Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Bagi mencapai kedudukan utama tersebut, GWM Malaysia menyasarkan penguasaan enam peratus pegangan pasaran menjelang tahun 2028. Strategi ini akan bertumpu kepada pengenalan barisan SUV yang lebih meluas serta kepelbagaian pilihan rangkaian kuasa yang merangkumi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid (HEV/PHEV), dan kenderaan elektrik (BEV). Continue reading GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Sticky post

Proton e.MAS 7 2026 Adalah Pilihan Tepat Untuk Berpisah Dengan Kereta Petrol

Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan, lebih daripada  9,000 unit  Proton e.MAS 7 telah dijual sejak bulan Januari 2025.

Minat terhadap EV terus meningkat di dua bulan pertama 2026 dan dijangka akan terus naik kerana perang antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran dijangka akan menyebabkan kenaikan berterusan harga minyak dunia. Continue reading Proton e.MAS 7 2026 Adalah Pilihan Tepat Untuk Berpisah Dengan Kereta Petrol

Proton e.MAS 5 Kukuh Kedudukan Sebagai EV No. 1 Malaysia; Lepasi Jualan 5,000 Unit

Model pertama dari sub-jenama PRO-NET ini secara rasmi telah melepasi angka jualan 5,000 unit, sekali gus mengekalkan takhtanya sebagai EV paling laris di Malaysia bagi bulan Januari dan Februari 2026. Continue reading Proton e.MAS 5 Kukuh Kedudukan Sebagai EV No. 1 Malaysia; Lepasi Jualan 5,000 Unit

Risau dengan Jarak Brek Kenderaan Elektrik (EV) Anda? Toyo Tires Lancar Proxes Comfort, Jawapan kepada Kestabilan dan Keselamatan Mobiliti Moden

Proxes Comfort direka khusus di Jepun untuk memberikan pengalaman pemanduan yang tenang dan stabil, terutamanya bagi pemandu kenderaan segmen B, C, dan E yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh serta menggunakan lebuh raya.

Kejuruteraan tayar ini memberikan tumpuan kepada tiga kualiti utama yang diperlukan oleh pemandu di Malaysia, iaitu cengkaman basah yang kukuh untuk menghadapi cuaca hujan yang kerap, pengendalian yang stabil ketika mengambil selekoh, serta tahap keselesaan tunggangan yang tinggi. Continue reading Risau dengan Jarak Brek Kenderaan Elektrik (EV) Anda? Toyo Tires Lancar Proxes Comfort, Jawapan kepada Kestabilan dan Keselamatan Mobiliti Moden

iCAUR V23, SUV EV pacuan lasak, kini di Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 NOVEMBER 2025 — iCAUR Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model kedua mereka untuk pasaran Malaysia, iCAUR V23. SUV segmen-C ini membawakan rekaan yang diinspirasikan dari kenderaan pacuan lasak klasik, kini dalam bentuk kenderaan elektrik sepenuhnya.iCAUR V23 diposisikan sebagai SUV EV yang mempunyai keupayaan pacuan lasak, menyasarkan untuk menerajui kategori kenderaan elektrik pengembaraan dengan gabungan prestasi, keselamatan dan versatiliti. Menurut Naib Presiden … Continue reading iCAUR V23, SUV EV pacuan lasak, kini di Malaysia

DENZA Malaysia Anjurkan Kejohanan Golf Perdana Raikan 1,000 Unit Terjual

“Mencapai 1,000 jualan dalam masa yang singkat adalah bukti kukuh visi kami untuk menyediakan pengalaman EV mewah yang terbaik. DENZA Golf Cup adalah peluang hebat untuk meraikan kejayaan ini dan mengukuhkan ikatan kami dengan keluarga DENZA. Hari ini adalah mengenai kebersamaan dan persahabatan, mencerminkan gaya hidup eksklusif yang ditawarkan jenama kami,” kata Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia. Continue reading DENZA Malaysia Anjurkan Kejohanan Golf Perdana Raikan 1,000 Unit Terjual

Porsche Cayenne Electric Diperkenalkan Dengan Kuasa Sehingga 1,156 PS

Porsche memperkenalkan Cayenne Electric yang menandakan era baharu untuk jenama tersebut. Sebagai SUV elektrik sepenuhnya, ia menggabungkan DNA Porsche dengan teknologi perintis – kuasa sehingga 850kW (1,156 PS), pecutan 0-100 km/j dalam 2.5 saat, kuasa pengecasan sehingga 400kW dan jarak perjalanan sehingga 642 kilometer. Continue reading Porsche Cayenne Electric Diperkenalkan Dengan Kuasa Sehingga 1,156 PS

Jenama LEPAS Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 2026

Nama LEPAS berasal dari gabungan “LEOPARD”, “LEAP” dan “PASSION”. Leopard melambangkan kuasa, kelajuan dan keanggunan. Leap mewakili minda global yang merentas sempadan dengan kecerdasan. Passion pula memberi inspirasi kepada peneroka bandar dengan tenaga dan gaya.
Continue reading Jenama LEPAS Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 2026