Proton e.MAS 7 PHEV Tampil Dengan Warna Emerald Green; Perkukuh Kedudukan Sebagai Jenama Elektrik No.1 Malaysia

Sejak kemunculannya pada awal tahun 2026, Proton e.MAS telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) nombor satu di Malaysia, di mana satu daripada setiap dua unit EV yang dijual di negara ini adalah daripada rangkaian Proton e.MAS. Continue reading Proton e.MAS 7 PHEV Tampil Dengan Warna Emerald Green; Perkukuh Kedudukan Sebagai Jenama Elektrik No.1 Malaysia

Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

Bagi bulan Mac sahaja, PROTON merekodkan jualan sebanyak 15,706 unit (merangkumi model ICE, EV, dan PHEV), meningkat 15.4% berbanding Februari dan 12.8% lebih tinggi berbanding Mac 2025. Pertumbuhan tahun-ke-tarikh (YTD) kini berada pada tahap 40.1%, mengatasi aliran industri automotif tempatan (TIV) yang dianggarkan menyusut 4.9% bagi tempoh yang sama.

Pegangan pasaran PROTON bagi Mac dijangka mencecah 25.1%, manakala pegangan pasaran YTD diramal sekitar 27.4%, tahap tertinggi buat syarikat sejak 2017. Continue reading Jualan Proton Suku Pertama 2026 Cecah 49,140 Unit; Tertinggi Sejak 2004

Honda Malaysia Lancarkan Kempen ‘Hybrid Done Right’ – Tempahan Prelude Dibuka, S+ Shift Jadi Pertaruhan

Bagi pengguna yang berminat untuk memiliki model e:HEV (City, City Hatchback, HR-V, Civic, atau CR-V) dalam tempoh kempen ini, Honda menawarkan:

Rebat tunai tambahan RM2,000.

Percuma kos upah servis untuk dua tahun pertama.

Peluang menyertai cabutan bertuah bulanan untuk memenangi pengalaman memandu Prelude Serba Baharu selama seminggu. Continue reading Honda Malaysia Lancarkan Kempen ‘Hybrid Done Right’ – Tempahan Prelude Dibuka, S+ Shift Jadi Pertaruhan

GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Bagi mencapai kedudukan utama tersebut, GWM Malaysia menyasarkan penguasaan enam peratus pegangan pasaran menjelang tahun 2028. Strategi ini akan bertumpu kepada pengenalan barisan SUV yang lebih meluas serta kepelbagaian pilihan rangkaian kuasa yang merangkumi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid (HEV/PHEV), dan kenderaan elektrik (BEV). Continue reading GWM Malaysia Sasar Jualan 60,000 Unit dan Tekad Jadi Antara Tiga Jenama China Teratas Menjelang 2028

Sticky post

PHEV sebagai  “Jaring Keselamatan”, Kenapa Proton e.MAS 7 PHEV Pilihan Bijak Rakyat Malaysia

Apa yang buat e.MAS 7 PHEV ni lain daripada yang lain adalah “EM-i Advanced Hybrid Technology”. Ini bukan komponen biasa, tapi sistem yang sangat bersepadu. Continue reading PHEV sebagai  “Jaring Keselamatan”, Kenapa Proton e.MAS 7 PHEV Pilihan Bijak Rakyat Malaysia

Honda Malaysia Kekal Peneraju Segmen Bukan Nasional Bagi Tahun Ke-12 Berturut-turut

Honda Malaysia mencatatkan prestasi jualan yang kukuh bagi tahun 2025 dengan jumlah jualan sebanyak 72,301 unit. Pencapaian ini membolehkan syarikat tersebut menguasai 8.8 peratus pegangan pasaran sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai jenama nombor satu dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional bagi tempoh 12 tahun berturut-turut. Prestasi positif ini didorong oleh kepelbagaian portfolio produk, permintaan tinggi terhadap teknologi hibrid, serta kepercayaan berterusan daripada para pelanggan. Continue reading Honda Malaysia Kekal Peneraju Segmen Bukan Nasional Bagi Tahun Ke-12 Berturut-turut

UMW Toyota Motor Lancar Vios Hybrid; Model HEV Paling Mampu Milik Bermula RM103,900

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport, sekali gus memperkenalkan teknologi hibrid ke dalam segmen sedan kegemaran ramai di Malaysia. Pelancaran ini turut disokong oleh pelaburan strategik syarikat melalui pemasangan tempatan pek bateri hibrid di fasiliti pembuatan mereka di Bukit Raja, Klang. Continue reading UMW Toyota Motor Lancar Vios Hybrid; Model HEV Paling Mampu Milik Bermula RM103,900

Honda Prelude Muncul Dalam Video Honda Malaysia – Bakal dilancar?

KUALA LUMPUR, 24 November 2025 – Honda Malaysia menayangkan Honda Prelude dalam video ulang tahun ke-25 syarikat sekaligus memberi peminat satu harapan bahawa coupe dua pintu ini mungkin akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Honda Malaysia menayangkan Honda Prelude dalam klip video media sosial sempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat. Kemunculan coupe dua pintu ini memberi isyarat bahawa model tersebut mungkin akan tiba di … Continue reading Honda Prelude Muncul Dalam Video Honda Malaysia – Bakal dilancar?

Jenama LEPAS Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 2026

Nama LEPAS berasal dari gabungan “LEOPARD”, “LEAP” dan “PASSION”. Leopard melambangkan kuasa, kelajuan dan keanggunan. Leap mewakili minda global yang merentas sempadan dengan kecerdasan. Passion pula memberi inspirasi kepada peneroka bandar dengan tenaga dan gaya.
Continue reading Jenama LEPAS Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 2026

Suzuki Fronx Hybrid Tiba Di Malaysia Pada Harga RM147,888

Suzuki Fronx Hybrid Tiba Di Malaysia Pada Harga RM147,888
Enjin hibrid petrol empat silinder 1.5 liter K15C menghasilkan 103PS pada 6,000 rpm dan tork 138 Nm pada 4,400 rpm. Dipasangkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan dengan paddle shifter, Fronx menjanjikan penyampaian kuasa yang lancar. Bateri Lithium Ion 12V-10Ah dan tangki bahan api 37 liter membolehkan jarak perjalanan WLTP melebihi 700 kilometer. Continue reading Suzuki Fronx Hybrid Tiba Di Malaysia Pada Harga RM147,888