Kes WCE Kampung Jawa: Mahkamah Tegaskan Keseimbangan Antara Kepentingan Awam Dalam Projek Mega dan Hak Pemilik Tanah

Kes WCE ini mencerminkan bagaimana sistem perundangan Malaysia cuba mengimbangi dua kepentingan yang sah. Di satu pihak, Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan melindungi hak seseorang individu ke atas hartanya dan menyatakan tiada siapa boleh dilucutkan harta kecuali mengikut undang-undang dan dengan pampasan yang mencukupi.

Di pihak lain, negara memerlukan tanah untuk membina infrastruktur awam seperti lebuh raya WCE yang dijangka dapat mengurangkan kesesakan dan memacu ekonomi.

APT 1960, melalui peruntukan seperti Seksyen 56, dibentuk untuk memastikan keseimbangan ini tercapai. Ia memberi laluan kepada pembangunan tanpa membenarkan projek mega disekat oleh cabaran teknikal. Continue reading Kes WCE Kampung Jawa: Mahkamah Tegaskan Keseimbangan Antara Kepentingan Awam Dalam Projek Mega dan Hak Pemilik Tanah

AFA PRIME Lancar Langkah Keselamatan Lebuh Raya Untuk Deepavali

Dalam tempoh ini, trafik harian di KLK diunjurkan meningkat sebanyak 59%, daripada purata 110,000 kenderaan kepada 175,000. Sementara itu, trafik di LPT1 dijangka meningkat sebanyak 67%, daripada 41,000 kepada 68,300 kenderaan sehari.

Untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi, AFA PRIME Berhad meningkatkan tenaga kerja operasinya sebanyak 20.5%, memastikan lebih ramai pengendali tol, pasukan rondaan lebuh raya dan kakitangan trafik bertugas.

Pusat Kawalan Trafik (Traffic Control Centre/TCC) akan mengekalkan pemantauan masa nyata 24 jam bagi kedua-dua lebuh raya untuk menguruskan kesesakan, menyelaras tindak balas dan memberikan bantuan segera sekiranya berlaku insiden atau kerosakan. Continue reading AFA PRIME Lancar Langkah Keselamatan Lebuh Raya Untuk Deepavali