Lee Chong Wei Lancar Kejohanan LCWC Cari Permata Baharu Badminton Negara

Legenda badminton negara, Dato’ Seri (Dr.) Lee Chong Wei, memulakan misi terbaharu dalam pembangunan sukan tanah air menerusi pelancaran edisi sulung Piala Lee Chong Wei (LCWC) tahun ini. Inisiatif ini menyaksikan pengeluar kenderaan China, Chery, tampil sebagai penaja rasmi dalam usaha menyokong ekosistem sukan remaja dan melahirkan generasi pengganti yang berwibawa. Continue reading Lee Chong Wei Lancar Kejohanan LCWC Cari Permata Baharu Badminton Negara

Stellantis Malaysia Lancar Leapmotor C10 PLUS dan Edisi Terhad Night Edition

Antara perubahan teknikal utama pada Leapmotor C10 PLUS adalah penggunaan platform 800V yang dipadankan dengan pek bateri lebih besar berkapasiti 81.9kWh. Naik taraf ini membolehkan kenderaan mencapai jarak gerak WLTP sehingga 510 KM, manakala prestasi motor elektrik kini melonjak kepada 299hp dan tork 360Nm. Peningkatan kuasa ini membolehkan pecutan 0-100km/j dilakukan dalam tempoh 6.2 saat sahaja. Selain itu, sistem pengecasan pantas DC kini menyokong sehingga 180kW, sekali gus memendekkan tempoh pengecasan 30 peratus ke 80 peratus kepada hanya 22 minit. Continue reading Stellantis Malaysia Lancar Leapmotor C10 PLUS dan Edisi Terhad Night Edition

Petron Malaysia Catat Keuntungan Bersih RM246 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR – Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) menamatkan tahun kewangan 2025 dengan prestasi memberangsangkan menerusi catatan keuntungan bersih sebanyak RM246 juta. Pencapaian ini menunjukkan lonjakan signifikan berbanding hanya RM18 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya, disokong terutamanya oleh hasil pengeluaran yang lebih baik di Penapis Port Dickson melalui pengoptimuman proses dan penggunaan loji yang lebih tinggi. Strategi ini membolehkan syarikat memanfaatkan kos … Continue reading Petron Malaysia Catat Keuntungan Bersih RM246 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KDEB Waste Management Perkukuh Armada, Terima 51 Unit UD Trucks Croner Euro 5

KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) secara rasminya telah menerima penghantaran 51 unit lori tugas sederhana UD Trucks model Croner Euro 5 bagi memperkukuh operasi pengurusan sisa domestik dan pembersihan awam di seluruh negeri Selangor. Perolehan ini dilaksanakan melalui pesanan pembelian tunggal daripada pengedar sah UD Trucks di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE). Berikutan jumlah pesanan yang besar, proses penghantaran dilakukan secara berperingkat dalam beberapa fasa bagi memenuhi prosedur kawalan kualiti serta pembinaan badan kenderaan yang spesifik untuk kegunaan pengurusan sisa di lapangan. Continue reading KDEB Waste Management Perkukuh Armada, Terima 51 Unit UD Trucks Croner Euro 5

Tempahan Mitsubishi Xforce Cecah 1,000 Unit Dalam Tempoh Seminggu Pra-Pelancaran

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, mengumumkan bahawa model Mitsubishi Xforce telah menerima lebih daripada 1,000 tempahan dalam tempoh hanya satu minggu selepas fasa pra-pelancaran bermula. Sambutan luar biasa ini mencerminkan keterujaan pasaran tempatan terhadap SUV kompak terbaharu itu menjelang pelancaran rasminya yang dijadualkan pada awal April depan. Continue reading Tempahan Mitsubishi Xforce Cecah 1,000 Unit Dalam Tempoh Seminggu Pra-Pelancaran

Proton e.MAS 5 Lakar Sejarah, Muncul Antara Lima Kenderaan Paling Laris di Malaysia

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mencatatkan pencapaian bersejarah apabila model Proton e.MAS 5 kini menjadi jenama kenderaan elektrik (EV) nombor satu di Malaysia. Kejayaan ini didorong oleh momentum tempahan yang kukuh bagi rangkaian model EV dan kenderaan hibrid plug-in (PHEV) syarikat tersebut pada awal tahun ini. Continue reading Proton e.MAS 5 Lakar Sejarah, Muncul Antara Lima Kenderaan Paling Laris di Malaysia