Menyedari ramai warganet yang bimbang dan salah faham di media sosial akibat insiden tular baru-baru ini, Chery Auto Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjernihkan keadaan berhubung kemalangan melibatkan sebuah kenderaan mereka di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 7 November 2026.
Pihak Chery menegaskan bahawa kerosakan pada bahagian bumper depan serta insiden roda tercabut adalah sepenuhnya akibat impak kemalangan tersebut, dan bukannya disebabkan oleh sebarang kegagalan komponen atau alatan kenderaan.
Pihak syarikat telah berhubung terus dengan pemilik kenderaan terlibat bagi menghulurkan bantuan sewajarnya. Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak terus menularkan spekulasi atau maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan berterusan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada talian khidmat pelanggan Chery Careline di nombor 03-9388 0888.
