Peugeot Motocycles Malaysia Lancar Speedfight 4+ 150CC GP Edition Bersama Motul, Terhad 50 Unit Sahaja!

KUALA LUMPUR – Aveta International Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Peugeot Motocycles di Malaysia mengumumkan pelancaran model eksklusif Peugeot Speedfight 4+ GP Edition, yang membawakan sentuhan gaya perlumbaan seiring dengan kemeriahan musim MotoGP. Pelancaran ini turut menyaksikan kerjasama strategik bersama jenama pelincir global, Motul, sebagai rakan pelincir rasmi baharu untuk Peugeot Motocycles.  

Dibina secara eksklusif untuk pasaran tempatan, Speedfight 4+ GP Edition menggabungkan karakter sporty skuter berkenaan dengan reka bentuk berunsurkan litar perlumbaan. Model edisi khas ini hanya dikeluarkan sebanyak 50 unit sahaja bagi pasaran Malaysia.  

Motul Rasmi Sebagai Rakan Pelincir Pilihan

Menerusi kerjasama yang dimeterai, Motul kini diangkat sebagai rakan pelincir rasmi untuk Peugeot Motocycles di Malaysia. Pengedar sah Peugeot Motocycles di seluruh negara kini menawarkan rangkaian produk pelincir Motul bagi tujuan servis dan penyelenggaraan.  

Harga & Pakej Pelincir

Peugeot Speedfight 4+ GP Edition ditawarkan pada harga RM10,388. Setiap unit didatangkan bersama set minyak pelincir Motul yang merangkumi:  

 Motul Scooter Power LE MB 5W-40 (minyak enjin)  

 Motul Scooter Gear Plus 80W-90 (minyak gear transmisi)  

Spesifikasi Utama & Prestasi

Dari sudut mekanikal, Peugeot Speedfight 4+ GP Edition digerakkan oleh enjin 150cc SmartMotion silinder tunggal, 4-lejang, penyejukan cecair (liquid-cooled) yang menghamburkan kuasa 9.3 kW (anggaran 12.5 hp) pada 7,500 rpm dan tork puncak 13.2 Nm pada 5,500 rpm. Keupayaan kelajuan maksimum model ini direkodkan pada 100 km/j. 

Spesifikasi teknikal lain merangkumi:

 Kapasiti & Kecekapan: Tangki bahan api berkapasiti 7.4 liter dengan kadar penggunaan bahan api 2.7 L/100 km, serta mematuhi piawaian pelepasan Euro 4.  

 Brek & Roda: Dilengkapi sistem brek cakera berkembar (dual ABS) serta rim aloi ringan bersaiz 130/60-13 bagi bahagian depan dan belakang.  

 Dimensi: Ukuran panjang 1,908 mm, lebar 715 mm, tinggi 1,135 mm, jarak roda 1,319 mm, kelegaan bumi 136 mm, dan berat bersih 125 kg.  

Maklumat lanjut mengenai senarai pengedar sah boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi Peugeot Motocycles Malaysia.

Leave a Reply