Antara berita besar dari Kuala Lumpur International Mobility Show 2926 (KLIMS2026) ialah pempameran sistem kausa hybrid pertama Proton dan spekulasi di dewan pameran ialah enjinini bakal muncul dlam platform rekabentuk Proton sendiri iaitu AMA 02 yang dikatakan akan diberi nama Saga Cross.
Kereta ini dijangkakan mula dikeluarkan pada akhir tahun 2026.
Seperti jentera Hybrid lain, pengguna tidak perlu memikir cara mengecaj kerana kereta menggunakan petrol dan kuasa elektrik secara automatik dan sistem mengaturkan pengecasan bateri mengikut keperluan sambil menghasilkan kecekapan terbaik.

Untuk sistem pacuan kali ini Proton menggunakan kotak gear khas yang dipanggil DHT (Dedicated Hybrid Transmission). Ia membenarkan enjin dan motor elektrik berfungsi dengan lancar tanpa rasa tersentak.
Macam Mana Enjin Hybrid Proton Baharu Berfungsi?
Ramai tertanya-tanya tentang enjin hybrid baharu Proton.
Enjin ini menggunakan teknologi Atkinson cycle. Anda tidak perlu ingat nama itu. Yang penting, enjin ini sangat cekap. Ia boleh mencapai kecekapan haba 48 peratus jauh lebih baik daripada kebanyakan enjin biasa.
Peningkatan kecekapan ini dicapai dengan memanjangkan lejang kuasa berbanding dengan lejang mampatan, ini membolehkan jumlah bahanapi yang sama menjana kerja tambahan.
Proton tidak menyatakan julmah kuasa yang boleh dijana oleh enjin pembakaran Atkinson tetapi memberitahu bahawa mootor elektrik dalam sistem ini mempunyai kuasa 163 HP (kuasa kuda). Untuk sebuah SUV kecil, kuasa ini cukup untuk membuatkan kereta terasa ringan ketika bergerak dari lampu isyarat.
Kereta ini tidak mempunyai tali kipas atau tali alternator seperti kereta lama. Sebaliknya, semua sistem menggunakan motor elektrik. Ini bermakna kurang barang yang perlu diganti nanti.
Ini bermakna motor penjana kuasa juga adalah motor pemula manakala pemampat pendingin hawa juga dipacu motor elektrik.
Harga Proton Saga Cross Mungkin Bawah RM70,000


Spekulasi harga Proton Saga Crossdijangka dijual pada harga bawah RM70,000.
Jika benar, ini akan menjadikannya antara kereta hybrid paling murah di Malaysia.
Lawan siapa?
Dengan harga itu, Saga Cross akan bersaing dengan Perodua Ativa dan kereta-kereta kecil lain di pasaran.
Rekaan luar
Saga Cross dijangka mempunyai jarak dari tanah lebih tinggi daripada Saga biasa sambil menggunakan Body cladding (plastik hitam kasar di bahagian bawah pintu dan roda) untuk menghasilkan imej yang lebih dinamik, gagah dan sporty.
Dalaman kereta
Di dalam, pembeli mungkin akan mendapat skrin digital untuk meter kelajuan, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto dan tempat duduk yang lebih tinggi daripada sedan biasa.
Mengapa AMA Penting untuk Proton?
Selama ini ramai kata Proton hanya menampal logo pada kereta Geely. Dengan platform AMA, Proton mahu buktikan mereka boleh mereka bentuk kereta sendiri.
Apa itu AMA?
AMA bermaksud Advanced Modular Architecture. Ia adalah rangka asas kereta yang direka sendiri oleh Proton.
Proton memanggil ini sebagai Proton IP (Intellectual Property – hak cipta mereka sendiri).
Hingga 70 peratus bahagian untuk kereta-kereta Proton akan datang (seperti Saga, Persona baharu, dan MPV) adalah sama. Ini menjadikan harga alat ganti lebih murah dan senang cari bahagian jika rosak.
Boleh guna apa saja enjin
Platform AMA ini direka untuk menerima enjin petrol biasa, hybrid ataupun sistem bateri elektrik sepenuhnya untuk masa depan. Semua maklumat di atas berdasarkan laporan dari KLIMS 2026 dan sumber industri. Harga dan tarikh keluaran masih belum disahkan secara rasmi oleh Proton.




