
Tesla Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran stesen Pengecas Super V4 terbaharunya di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur. Ini merupakan satu lagi langkah penting dalam misi syarikat untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga mampan.
Empat Pengecas Super telah ditambah ke stesen pengecasan sedia ada di Pavilion Damansara Heights, melengkapkan enam Pengecas Destinasi yang sedia ada. Ini memberikan lebih banyak pilihan pengecasan kepada pemilik Tesla untuk memastikan pengecasan yang lancar untuk perjalanan harian, percutian hujung minggu dan perjalanan jarak jauh.
Dengan pembukaan stesen pengecasan di Pavilion Damansara Heights ini, Tesla kini mengendalikan 16 stesen Pengecas Super (72 Pengecas Super) dan 16 stesen Pengecas Destinasi (73 pengecas) di seluruh Malaysia. Dengan menggunakan Pengecas Super Tesla, Model 3 boleh mengecas sehingga 311 km jarak dalam masa 15 minit sahaja, bersamaan dengan empat perjalanan pergi dan balik antara Pavilion Damansara Heights dan Pusat Tesla di Cyberjaya.
Di samping itu, lebih 9,000 isi rumah di seluruh Malaysia telah diperkasakan oleh program Pengecasan Rumah Tesla untuk mengecas pada bila-bila masa mengikut keselesaan mereka.
Tesla komited untuk mengembangkan infrastruktur pengecasannya bagi memberikan pengalaman pengecasan yang komprehensif dan boleh dipercayai di Malaysia. Lebih banyak stesen pengecasan akan dibuka tidak lama lagi, termasuk di Nexus Bangsar South di Kuala Lumpur, Queensbay Mall di Pulau Pinang dan The Mall, Mid Valley Southkey di Johor.
Tesla turut menekankan bahawa Model 3, sedan elektrik terlaris di dunia dengan jarak sehingga 750 km (WLTP), kini boleh didapati dengan kadar faedah 0% dan bayaran bulanan bermula dari RM1,588. Manakala Model Y, kenderaan terlaris di dunia dengan ruang simpanan 2,130L+ dan penarafan keselamatan tertinggi, kini boleh didapati dengan bayaran bulanan bermula dari RM1,888. Cuti cukai EV akan berakhir pada 31 Disember 2025 dan slot kenderaan adalah terhad.


