
Nampaknya peminat X50 telah memberikan sambutan menggalakkan kepada Proton X50 Serba Baharu sepanjang jelajah pra-pelancarannya di seluruh negara.
SUV segmen B ini telah membuat penampilan di lokasi-lokasi menarik di pelbagai bandar dan menarik ramai pengunjung yang ingin melihat dengan lebih dekat tawaran SUV terbaharu Proton.
Hasilnya, 5,000 tempahan telah dicatat dalam tempoh 10 hari selepas tempahan dibuka pada 5 Julai.
Ini bermakna satu tempahan untuk Proton X50 Serba Baharu diterima setiap tiga minit dan mewakili 50% daripada tawaran awal yang terdiri daripada rebat tunai RM1,000, kad Touch ‘n Go edisi khas, dan Tawaran Gempak eksklusif untuk 10,000 pelanggan pertama.
Butiran harga penuh akan didedahkan pada pelancaran rasmi yang dijadualkan pada petang 24 Julai.


“Sambutan yang kami saksikan untuk Proton X50 Serba Baharu menunjukkan betapa rakyat Malaysia menyukai model ini.
“Kami berbesar hati dengan 5,000 tempahan yang diterima dalam masa 10 hari, dan untuk mengekalkan momentum pada minggu terakhir sebelum pelancaran, Proton akan memulakan sessi ujian pandu di pusat jualan bermula 19 Julai supaya pelanggan dapat merasai pengalaman sebenar di jalan raya,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.
“Pasukan di kilang Proton Tanjong Malim telah bekerja keras untuk membina tahap stok bagi membolehkan penghantaran kereta kepada pelanggan serta-merta selepas pelancaran.
Proton mensasarkan sekurang-kurangnya 5,000 unit untuk pendaftaran menjelang akhir Ogos, yang akan membantu menguruskan masa yang diperlukan untuk pelanggan menerima kenderaan mereka selepas membuat tempahan.”


Model X50 kali ini menampilkan gaya baharu di dalam dan luar beserta teknologi sistem bantuan pemandu tahap 2 yang ditingkatkan.
Ia juga diberikan enjin baharu, sistem hiburan yang dinaik taraf dengan skrin 14.6 inci dan, buat pertama kali, pengecaman suara Bahasa Melayu.
Ditawarkan dalam tiga varian – Executive, Premium, dan Flagship – Proton X50 Serba Baharu dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5 TD baharu yang digandingkan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan.
Sistem ini menjana kuasa 133kW (181PS) dan tork 290Nm dan mampu memecut dari dari pegun ke 100km/j dalam tempoh 7.6 saat – 0.3 saat lebih pantas daripada model sebelumnya, dengan peningkatan kecekapan sebanyak 4.7%.

Kumpulan gadis Malaysia De Fam telah dipilih menjadi duta produk dan mereka akan melancarkan video muzik yang digubah khas, “All-New Proton X50” semasa acara pelancaran.
Tempah Sekarang Untuk Penghantaran Segera
Dengan 5,000 tempahan telah diterima dan had 10,000 ditetapkan untuk insentif tempahan awal, hanya tinggal 5,000 slot untuk tawaran ini. Dengan unit yang sedia untuk dihantar serta-merta selepas pelancaran, pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan secepat mungkin.

Pakej Ready to Roar (Tawaran Tempahan Awal) terdiri daripada:
- Rebat tunai RM1,000
- Kad Touch ‘n Go edisi khas
- Tawaran Gempak eksklusif – akan didedahkan semasa pelancaran rasmi
*Mengikut syarat dan ketentuan
Untuk maklumat lanjut mengenai SUV baharu ini, lawati laman web rasmi Proton untuk mendaftar minat. Ikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial untuk kemas kini terkini, promosi, dan aktiviti pemasaran untuk Proton X50 Serba Baharu.








