
Sedia untuk Menakluk Jalan Raya!
Ducati Malaysia telah melancarkan Hypermotard 698 Mono, motosikal yang direka untuk penunggang muda yang bersemangat mencari keseronokan dan prestasi.
Dengan ciri-ciri seperti Slide-By-Brake yang membolehkan anda meluncur ke dalam selekoh dan Wheelie Control yang memastikan setiap pengangkatan roda depan adalah mudah dan selamat, Hypermotard 698 Mono adalah pilihan ideal bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menunggang yang mendebarkan.


Enjin Superquadro Mono yang Hebat
Jantung Hypermotard 698 Mono ialah enjin Superquadro Mono 659 cc yang inovatif.
Dengan diameter bore 116 milimeter dan stroke 62.4 milimeter, enjin ini mempunyai nisbah bore-to-stroke yang luar biasa oversquare iaitu1.86, lebih tinggi daripada had 1.67 untuk enjin MotoGP.
Bore 116 milimeter ini juga merupakan rekod untuk enjin silinder tunggal jalan raya dan nisbah luarbiasa ini membolehkan enjin ini berputar pada kelajuan sangat tinggi untuk jentera silinder tunggal.
Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 77.5 hp pada 9,750 rpm dan kelajuan putaran maksimum 10,250 rpm, menjadikannya enjin silinder tunggal yang mampu mencapai rev tinggi yang tiada tandingan.
Dengan prestasi yang hebat dan respons yang pantas, Hypermotard 698 Mono menawarkan pengalaman menunggang yang mendebarkan.

Geometri Stereng dan Pengurangan Berat Tidak Terikat
Hypermotard 698 Mono direka dengan geometri stereng yang tegak dan responsif tetapi tetap dapat berhubung baik dengan penunggang untuk menghasilkan kawalan yang lebih baik dan responsif ketika mengambil selekoh.
Pengurangan berat tidak terikat dicapai melalui penggunaan hub dan flanges depan yang ringan dari aluminium membantu menghasilkan stereng yang kominkatif bgi meningkatkan keyakinan penunggang yang mahu menikmati kelincahan dan ketangkasan jentera terbaru Ducati ini.
Kombinasi ini mencipta motosikal yang sangat komunikatif dan cepat bertindak, membolehkan penunggang merasai setiap nuansa di atas jalan.
Reka Bentuk yang Agresif dan Sportif


Hypermotard 698 Mono bukan sahaja berprestasi tinggi, tetapi juga mempunyai gaya yang menarik perhatian.
Reka bentuknya yang minimalis dan diinspirasikan perlumbaan digabungkan dengan garis-garis bersih yang menjadi ciri Ducati.
Swingarm dua sisi dan fork terbalik Marzocchi yang boleh laras sepenuhnya memastikan kestabilan dan ketepatan ketika meluncur di jalan raya.
Penggunaan plastik berwarna badan juga adalah keputusan yang dibuat untuk memudahkan penunggang menggunakan pelekat dengan lebih baik pada badan motosikal.
Perkara kecil begitu pun tak dilupakan Ducati.



Teknologi Canggih untuk Pengalaman Menunggang yang Hebat
Motosikal ini dilengkapi dengan teknologi terkini dari siri superbike Panigale, termasuk Cornering ABS dan Ducati Traction Control.
Dengan empat Mod Menunggang yang berbeza, penunggang boleh menyesuaikan pengalaman menunggang mereka mengikut keinginan dan keadaan jalan.
Setiap ciri ini direka untuk memastikan penunggang dapat menguji had mereka dengan keyakinan.
Hypermotard 698 Mono RVE: Ekspresi Diri yang Berani
Bagi mereka yang ingin menunjukkan sisi liar mereka, varian RVE hadir dengan livery grafiti yang menarik.
Dengan Ducati Quick Shift (DQS) Up/Down EVO sebagai standard, penunggang dapat menikmati pengalaman menukar gear yang lancar dan cepat, menjadikan setiap perjalanan lebih menyeronokkan.
Ducati Hypermotard 698 Mono: Motosikal untuk Pengembaraan Tanpa Had
Dengan harga permulaan RM70,900, Hypermotard 698 Mono adalah pilihan tepat bagi penunggang yang mencari motosikal yang lincah dan berprestasi tinggi. Motosikal ini bukan sahaja sempurna untuk menembusi kesesakan bandar tetapi juga untuk menakluk jalan berliku pada hujung minggu.
Ducati Hypermotard 698 Mono kini tersedia di semua pengedar Ducati di seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk merasai inovasi terkini dari Bologna dan temui keseronokan menunggang yang sebenar!











