Tak ada siapa suka beli insurans semua sebab terpaksa.
Jadi kita memang mencari perkhidmatan insurans yang bukan saja boleh melindungi kita dalam pelbagai situasi tetapi yang sama pentiang ialah proses tuntutan adalah mudah dan tidak memakan masa yang panjang.
Lindungi Perodua anda dengan mudah dan keyakinan dengan Perodua Total Protect Plus yang menawarkan pelbagai kemudahan dan pengalaman mesra pelanggan yang digabungkan dengan perlindungan menyeluruh yang direka khas untuk pemandu Perodua.
Dengan ciri-ciri seperti Bantuan Auto 24 jam, kelulusan tuntutan yang pantas, dan liputan yang luas termasuk elaun banjir dan pilihan Liputan Jurang, anda boleh memandu tanpa kebimbangan. Lawati kami hari ini untuk mengalami ketenangan fikiran di jalan. Pilihlah Perodua Total Protect Plus untuk keyakinan memandu yang sejati.
Terapat lebih 20 jenis perlindungan yang digabungkan dalam Perodua Total Protect Plus, kami senaraikan semuanya dalam video terakhir
Bantuan Tepi Jalan pun ada.
Bantuan tepi jalan merupakan satu ciri penting insurans kerana kita memandu semakin banyak sekarang memandangkan jarak dari rumah ke tempat kerja dan lokasi lain yang menjadi tumpuan warga kota yang mempunyai kehidupan aktif menyebabkan kita di atas jalan beberapa jam sehari.
Masalah yang kelihatan kecil seperti tayar pancit, bateri lemah, enjin mati tiba tiba, mentol utama terbakar dan macam macam lagi situasi dipermudahkan dengan bantuan yang tiba dimana saja kita berada hanya dengan satu panggilan.

Perlindungan oleh OEM
Hubungan kita dengan jenama kenderaan ada kalanya sangat mendalam, terutamanya bila jenama tersebut konsisten memebrikan perkhidmatan lepas jualan yang terbaik dan kita mula mempercayai mereka sebagai sahabat permotoran yang tak mahu kita lepaskan.
Insurans dari jenama merupakan satu lagi cara untuk kita terus mendapat keyakinan dari kereta kita kerana merekalah yang paling memahami kenderaan yang kita pilih dan sudah tentu boleh menawarkan perlindungan insurans yang lengkap pada harga kompetitif dan menjamin kita terus menikmati tahap perkhidmatan yang selam,a ini menjadi sebab utama kita terus kekal dengan sesuatu jenama.

Perlindungan paling menyeluruh, Banjir pun dia cover tanpa kesan pada NCD
Perodua Total Protect Plus (PTPP) menawarkan kelulusan pantas untuk tuntutan bawah RM8,000 dan segala baikpulih kemalangan akan dilakukan di pusat badan dan cat Perodua yang diluluskan.
Dalam keadaan cuaca tidak menentu dan banjir kilat yang boleh menlanda sekelip mata, PTPP menawarkan bantuan banjir sebanyak RM1,000 untuk membantu anda pulih dari kerosakan banjir tanpa mempengaruhi Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda.

Perlindungan tambahan yang bijak
Antara ciri khas PTPP ialah sehingga 12 tahun liputan tanpa caj tambahan, nilai dipersetujui, dan tiada caj penambahbaikan.
Pakej ini juga menawarkan Insurans Kemalangan Peribadi sehingga RM10,000 dalam kes kematian atau kecacatan kekal disebabkan kemalangan.
Anda juga boleh menamakan pemandu tambahan tanpa had pada polisi tanpa kos tambahan.
Liputan yang Luas:
PTPP tidak mengenakan caj penambahbaikan untuk sehingga 12 tahun, ini membuatkan kita lebih selesa kerana tidak perlu menampung perbezaan kos antara bahagian baru dan terpakai untuk kereta yanbg berumur lebih 5 tahun.
Skim ini juga memastikan nilau yang dipersetujui akan diterima selama 12 tahun pertama untuk kes kehilngan sepenuhnya atau kecurian seluruh kenderaan.
Untuk mereka yang baru membeli Perodua dalam 12 bulan yang lempas, anda boleh mengambil perlindungan tambahan Liputan Jurang untuk menyeberangi jurang antara jumlah yang dipersetujui dan harga pembelian asal kereta anda dalam kes kehilangan total (sah untuk kereta Perodua baru yang dibeli dalam tempoh 12 bulan yang lepas).
Sedia untuk mengalami manfaat Perodua Total Protect Plus? Lawati bilik pameran Perodua terdekat anda atau hubungi wakil Perodua untuk maklumat lanjut dan dapatkan sebut harga.**
Memandu dengan keyakinan. Pilihlah Perodua Total Protect Plus.


