Range Rover Evoque dikemaskini

Model popular dari jenama mewah Range Rover yang dikemaskini dengan muka yang lebih segar telah dilancarkan di Malaysia dan kini bersedia untuk ditempah.

Penambahbaikan paling jelas diluar berlaku pada rekabentuk jeriji yang disesuaikan dengan kemasan lampu utama Pixel LED dan Lampu Pemanduan Siang (DRL) yang hanya tersedia dalam Spesifikasi Lux.

Profil coupe Evoque diperkukuh dengan ciri-ciri warisan Range Rover seperti pembuka pintu yang tersorok sebelum diperkukuhkan dengan rekabentuk roda 21 inci pada Spesifikasi Lux yang menghasilkan kuda kuda yang lebih tegap dan penampilan yang mantap.

Di dalam kabin, falsafah reka bentuk kemewahan moden diterjemahkan melalui skrin sentuh kaca melengkung 11.4 inci yang baru, digabungkan dengan rekabentuk konsol tengah.

Rekabentuk baru memudahkan pemandu dan penumpang melihat dan memahami maklumat disampin meyediakan lebih banyak ruang simpanan dan kini menawarkan fungsi pengecasan tanpa wayar.

Dikuasakan oleh teknologi infotainment Pivi Pro generasi terkini, dengan kemampuan Kemaskini Perisian Melalui Udara, Evoque Facelift menawarkan pengalaman digital yang selesa dan lancar.

Ciri-ciri seperti sistem bunyi premium Meridian 400W, turus stereng yang boleh diubah secara elektrik, dan pedal pertukaran gear krom satin, menambah lagi kesan kemewahan dalam kabin.

Ditawarkan dalam dua varian, model P200 dilengkapkan dengan enjin petrol empat silinder 2.0 liter 200PS, memberikan prestasi yang pantas dengan pecutan 0-100km/j dalam 8.6 saat, serta tork 320Nm pada 1,200-4,000rpm, menggabungkan prestasi dengan kecekapan.

Sementara itu, model P250 menjanjikan prestasi yang lebih tinggi dengan tork 249PS dan 365Nm pada 1,300-4,500rpm, dengan memecut dari 0-100km/j dalam 7.6 saat yang mengagumkan.

Keselamatan tetap menjadi keutamaan dengan teknologi kamera yang paling canggih dalam kelasnya. Ciri-ciri seperti kamera 3D Surround, Pemandangan Tanah ClearSight, dan Pemandangan Dalaman Belakang ClearSight, tersedia dalam Spesifikasi H dan Lux, meningkatkan keyakinan pemandu dan menetapkan standard baru dalam keselamatan.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Darby Motors, berkata, “Pelancaran Range Rover Evoque Facelift merupakan satu langkah penting bagi Sime Darby Motors. Model yang indah ini menetapkan piawaian bagi SUV mewah kompak yang mewakili kemuncak inovasi automotif. Dengan penambahbaikan terbaharu, Range Rover Evoque Facelift adalah penyatuan yang sempurna antara kuasa dan kelestarian, memaparkan dedikasi kami untuk meningkatkan pengalaman memandu bagi pelanggan yang kritis.”

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, menyatakan, “Kemewahan, kemodenan, dan kecanggihan tertanam dalam DNA Range Rover Evoque Facelift. Ia mencerminkan warisan kami sambil membawa arah baru, menekankan reka bentuk kontemporari dan teknologi terkini. Dengan setiap butir yang dipikirkan dengan teliti, Evoque 2024 bertujuan untuk melampaui jangkaan, meningkatkan penghargaan terhadap seni sebuah SUV mewah.”

Untuk menawan hati peminat SUV mewah, Range Rover Evoque Facelift yang baharu ini tersedia dalam tiga varian, dengan harga bermula dari RM498,800.00 untuk Dynamic SE 200PS (Spesifikasi M), RM529,800.00 untuk Dynamic SE 249PS (Spesifikasi H), dan RM565,800.00 untuk Evoque Dynamic HSE 249PS (Spesifikasi Lux). Palette warna yang dipilih untuk menghormati Tahun Naga, antaranya adalah Corinthian Bronze (Perunggu Corinthian), Tribeca Blue (Biru Tribeca), dan Arroios Grey (Kelabu Arrorios), yang melambangkan kemakmuran dan ketenangan. Gabungan kecanggihan prestasi dan keanggunan gaya ini mengundang semua untuk memulakan perjalanan di mana kemewahan bertemu tradisi dan inovasi.

Range Rover Evoque Facelift yang baharu boleh dilihat lebih dekat di pusat mewah JLRM yang telah memenangi anugerah “Pengedar Tahun” sebanyak empat kali berturut-turut, terletak di Ara Damansara (+603-7651 2000) dan Pulau Pinang (+604-226 2279). Pusat-pusat pengedar Jaguar Land Rover (JLR) di Malaysia mengekalkan standard global JLR, memberikan pengalaman pembelian dan pemilikan mewah yang moden. Di dalam pengedar-pengedar ini terdapat studio peribadi yang membolehkan pelanggan menyesuaikan pilihan warna kenderaan luaran dan hiasan dalaman mereka, jika mereka memilih untuk membuat pesanan khas untuk kenderaan dalam pilihan warna yang diingini. Pameran ini menyediakan pengalaman jualan dan selepas jualan yang mesra dan peribadi, selaras dengan arah dan nilai jenama kemewahan moden JLR. Layari https://www.landrover.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Leave a comment