
Pasaran Asia Tenggara dilihat semakin penting oleh pelbagai jenama dan terbaru Stellantis, dan kini mereka ingan memasang kenderaan elektrik secara tempatan.
Pada 2021 kumpulan automotif global dengan 14 jenama ini telah mengambil alih kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah dan, mengumumkan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan utama untuk rantau Asia Pasifik bermula 2025.
Dalam pertemuan dengan beberapa media tempatan di Kuala Lumpur baru baru ini, Stellantis menyatakan sasaran mengeksport 70,00 unit kenderaan setahun dari Malaysia ke 20 negara ke serantau dari 2025 hingga 2028.
Jika berlaku, ia akan menjadi pengekspot kenderaan terbesar di Malaysia dan akhirnya kilang NAM di Gurun dapat beroperasi pada kapasiti maksimum buat kali pertama.
Kami doakan usaha ini berjaya kerana ia telah terbukti sangat mencabar untuk jenama lain, termasuklah Proton dan Perodua yang jarang sekali mencapai walau separuh sasaran yang ditetapkan Stellantis ini.
Malaysia juga akan menjadi pusat penggudangan dan pengedaran bagi alat ganti Stellantis ke 18 negara di Asean dan Asia Pasifik.
Rancangan Utama:
Perkembangan Produk:
- Stellantis akan memperluaskan pasaran dengan menambah model-model di Asean, dari tiga model Peugeot (2008, 3008, 5008) kepada enam model dari dua jenama.
- Projek Elektrifikasi:
- Lima model Battery Electric Vehicle (BEV) akan dipasang di Malaysia, menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan bateri EV untuk pasaran tempatan dan eksport ke Asean dan India.
- Sasaran 67% daripada jualan di Asean menjelang 2030 adalah model EV.
Projek Pemasangan Tempatan:
- Kilang di Gurun dijangka mencapai had pengeluaran maksimum menjelang penghujung 2026 dengan tumpuan kepada eksport.
- Produk menggunakan platform STLA M dengan 80% komponen dari Asean menjelang 2026, membuka peluang pembelian komponen dari Malaysia sehingga RM5 bilion.
Rancangan Tambahan:

- Pasaran Eksport:
- Lebih kurang 280,000 unit kenderaan akan dieksport dari Malaysia ke 20 negara di rantau Asia Pasifik dari 2025 hingga 2028.
- Tenaga Kerja Tempatan:
- Kilang di Gurun akan menawarkan sehingga 1,500 peluang pekerjaan hingga 2027, membuka 4,500 peluang pekerjaan secara tidak langsung melalui vendor dan pembekal di Malaysia.
- Stellantis akan membuka Akademi Latihan Serantau di Malaysia untuk pemindahan pengetahuan dan teknologi.
- Pelaburan RM2 Bilion di Asean:
- Pelaburan jangka masa panjang dari 2024 hingga 2027 dengan fokus pada hab pengilangan dan perkakasan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) teknologi, dan pembangunan pembekal-pembekal dan alat pengilangan.
- Jenama Peugeot:
- Stellantis akan menggunakan jenama Peugeot sebagai jenama utama di Asean, dan projek multi-energy termasuk EV dari platform STLA-M akan diperkenalkan dalam dua tahun.
Rancangan Stellantis ini bertujuan untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi di India dan negara-negara Asia Pasifik, mengarahkan fokus dari pasaran US dan Eropah yang sudah mencapai tahap tepu. Stellantis memilih Malaysia, Indonesia, Bangladesh, dan Vietnam sebagai tempat pelaburan berdasarkan peningkatan ekonomi yang kukuh di rantau ini.

