Perang Harga Bateri: CATL dan BYD Menurunkan Kos Bateri kepada USD56/kWh atau lebih rendah

Menurut laporan dalam portal berita kenderaan elektrik CNEVPOST, perang harga untuk bateri tenaga semakin panas, dengan dua pembuat bateri terbesar di dunia melaporkan usaha menurunkan kos bateri.

Seiring dengan perang harga untuk kenderaan elektrik (EV) yang berlanjutan, perang harga untuk bateri tenaga juga berlanjutan, dengan pembuat bateri terbesar di dunia dilaporkan berusaha menurunkan kos bateri.

Untuk mengekalkan kedudukannya di pasaran, CATL sedang merapikan susunan rantaian bekalan pengeluaran dalam usaha menurunkan kos, kata media tempatan 36kr dalam laporan pada 16 Januari, merujuk kepada beberapa sumber rantaian bekalan industri.

CATL sedang memasarkan sel lithium ferum fosfat (LFP) spesifikasi VDA 173-Ah dengan cas pantas 2.2C sebagai piawai kepada pengeluar automotif, menurut laporan itu.

VDA adalah spesifikasi saiz untuk sel segi empat, dengan panjang, lebar, dan tinggi masing-masing 148 mm, 26.5 mm, dan 91 mm. C merujuk kepada penggandaan cas bateri, dan 2C bermaksud bateri itu dapat diisi sepenuhnya dalam setengah jam.

Sel-sel ini, yang menawarkan prestasi lebih baik tanpa peningkatan harga, ditujukan kepada kenderaan elektrik bateri (BEV) yang dijual antara 100,000 yuan ($13,900) dan 200,000 yuan, kata laporan itu, merujuk kepada sumber industri yang tidak didedahkan.

Beberapa pengeluar automotif akan beralih ke sel CATL pada pertengahan 2024 dengan harga tidak melebihi RMB 0.4/Wh (RMB400/kWh = USD56/kWh), menurut laporan itu.

Untuk konteks, harga bateri dikatakan seiring dengan kos penghasilan kenderaan pembakaran apabila ia mencapai tahap USD100/kWh atau lebih rendah.

Pada tahap harga ini, kos penghasilan kenderaan elektrik secara konvensional sudahpun lebih rendah dari kenderaan berenjin.

“Dari segi aturan bekalan hulu dan bekalan sumber asas, hanya CATL yang boleh menurunkan harga bateri 2C pada masa ini,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, unit bateri BYD (OTCMKTS: BYDDF), FinDreams, mengeluarkan notis dalaman yang mendesak pasukannya untuk terus menurunkan kos, catat laporan itu.

FinDreams memaksimumkan faedah pada tahun 2023 melalui pelbagai cara termasuk tender tender, tetapi lingkup penurunan kos dalam perolehan semasa masih besar, kata laporan itu, merujuk kepada notis dalaman.

Pada tahun 2024, FinDreams akan terus memperkuat pengurusan bahan bukan produktif dan menurunkan kos, kata notis itu.

CATL dan BYD adalah dua pembuat bateri tenaga terbesar, dengan yang pertama memiliki saham global sebanyak 37.4% dalam tempoh Januari-November dan yang kedua sebanyak 15.7%, menurut data yang dikeluarkan pada 9 Januari oleh penyelidik pasaran Korea Selatan, SNE Research.

Dengan CATL dan BYD menurunkan harga lebih lanjut, pembuat bateri yang lebih kecil terpaksa mengikut rentak dua gergasi ini dan ini akan mengakibatkan kos bateri tenaga akan turun lebih lanjut, catat laporan 36kr.

Pada masa ini, sel LFP saiz VDA dijual dengan harga kurang dari RMB 0.5/Wh (RMB500/kWH = USD70/kWh). Naib Presiden Leapmotor, Cao Li, baru-baru ini mengatakan dalam temubual bahawa kos pembelian syarikat untuk sel LFP telah turun menjadi RMB 0.4/Wh, kata laporan itu.

Saiz VDA adalah piawaian saiz bateri tenaga yang ditetapkan oleh Jerman, yang dapat menyatukan spesifikasi bateri tenaga dan meningkatkan fleksibiliti bateri dalam mencocokkan model. Spesifikasi bateri tenaga awal China merujuk kepada piawaian VDA.

Dengan pengecualian sel pisau pendek, kebanyakan sel segi empat di China adalah saiz VDA, dengan kapasiti pengeluaran yang mencukupi dan persaingan harga yang sengit, catat laporan 36kr.

Harga purata sel LFP segi empat pada masa yang sama tahun lalu adalah sekitar RMB 0.8 hingga RMB 0.9 per Wh (RMB800-RMB900/kWH = USD112 -USD126/kWH). Pada Ogos 2023, harga itu telah dikurangkan kepada sekitar RMB 0.6 per Wh (RMB600/kWH = USD84/kWh).

Setiap penurunan RMB 0.1/Wh dalam harga sel bateri bermaksud model yang dilengkapi dengan bateri pak 60 kWh boleh menjimatkan sekitar RMB 6,000 (USD841) dalam kos, catat laporan 36kr.

Keadaan bekalan bateri tenaga telah berubah dari kekurangan bekalan menjadi lebihan dalam masa setahun, dan harga kini secara beransur-ansur menurun ke arah RMB 0.3/Wh (RMB300/kWh = USD42/kWh), kata laporan itu.

Leapmotor menilai tawaran pembekal bateri setiap bulan dan membenarkan yang terendah mendapatkan pesanan sebagai cara untuk memperoleh kuasa tawar kos, menurut laporan itu.

Cao dari Leapmotor bahkan percaya bahawa harga sel bateri boleh turun kepada RMB 0.32/Wh (RM320/kWh = USD45/kWh).

Beberapa dalam industri bateri percaya bahawa harga itu akan meninggalkan pembuat bateri tanpa keuntungan, tetapi dalam pasaran yang kompetitif, tak hairan sekiranya mereka mengorbankan keuntungan untuk menguasai pasaran.

Kapasiti Melampaui Permintaan di Industri Sel Bateri Lithium-ion China

Industri sel bateri lithium-ion China yang pesat berkembang dikatakan sudah melampaui permintaan dan ini dijangka akan memaksa penggabungan syarikat yang kecil dan kurang berdayasaing.

Ada kajian yang mengatakan kapasiti penghasilan bateri di China mungkin lebih 4 kali ganda keperluan industri kereta elektrik menjelang 2025, satu situasi yang berpotensi menjadikan bateri sebagai komoditi.

Ada laporan yang mengatakan kadar penggunaan kilang kelang gergasi bateri di China kini berada pada tahap 45% p

ada tahun 2022 dan telah menurun lebih jauh pada separuh pertama tahun 2023.

Angka sedemikian akan memnbawa implikasi serius bagi mana-mana gigafactory bateri di luar China di mana secara umum 75-85% penggunaan dianggap sebagai titik keuntungan.

Walaupun kadar penggunaan yang rendah, rantaian kapasiti gigafactory China telah berkembang menjadi 4,200 GWh menjelang 2030, dan pengumuman baru terus dibuat setiap minggu. Untuk memberikan gambaran, ini adalah dua kali GWh yang diperlukan jika seluruh kenderaan di China diubah menjadi kenderaan elektrik bateri.

Pengaliran pelaburan yang dramatik oleh pembuat baru dan sedia ada telah membawa kepada pasaran bateri yang semakin sesak di China. Walau bagaimanapun, pasaran China boleh digambarkan sebagai hampir oligopoli, di mana CATL dan BYD memegang bahagian pasaran sebanyak 73%.

Leave a comment