Versys Modenas datang lengkap untuk jelajah pada RM24,900

Model Kawasaki Versys memang dianggap sebagai sebuah motosikal jelajah yang sesuai untuk mereka yang berimaginasi luas untuk melihat dunia.

Rekabentuk praktikal dengan kerangka tulang belakang yang terbukti kukuh dan lasak serta rekabentuk yang memberikan ruang keselesaan untuk tunggangan jarak jauh antara tarikan besar model ini.

Tawaran enjin dua silinder berkembar yang menawarkan tahap gegaran yang lebih rendah dari jentera silinder tunggal meningkatkan tahap prestasi motosikal ini dari segi kuasa dan keselesaan penunggang.

Kini Modenas Versys-X 250 model tahun 2023 sudah ditawarkan kepada pasaran dengan dua warna yang boleh kita katakan tradisional iaitu Metallic Flat Spark Black dan CDY Lime Green dengan harga RM24,900.

Menurut Kawasaki pembeli dalam segmen ini adalah aktif dan gemar mencari pengalaman baru melalui aktiviti ejelajah di hujung minggu, untuk lebih memudahkan mereka model ini ditawarkan lengkap dengan kotak pannier tepia, lampu kabus, tongkat tengah, punca kuasa 12 volt dan pelindung tangan sebagai piawai.

Pembeli juga boleh memilih model asas dan memasang semua aksesori tersebut pada masa pilihan mereka.

Antara ciri lain yang menjadikan model ini menarik ialah throttle body berkembar dan klac slipper/assist yang memudahkan penunggangan.

Ergonomik penunggangan yang terbukti bagus digabungkan kan dengan pelindung enjin dan tangki bahanapi yang berkapasiti besar 17-liter menjadikan Versys-X 250 cukup mudah untuk dijadi rakan jarak jauh tanpa perlu banyak persediaan.

Enjin dua silinder 249 menjana kuasa berguna 24.7kW dan tork 21.7Nm yang setanding dengan pesaing dan dipadanken dengan kotak gear 6-kelajuan yang terbukti lasak dan mudah dikendali.

Rim jejari 19 inci di depan dan 17 inci belakan dipilih untuk kesesuaian pelbagai permukaan kerana kajian pasaran Kawasaki mendapati pembeli dalam segmen ini sangat aktif dengan jentera mereka dan akan menggunakan motosikal mereka untuk menjelajah seluruh pelusuk negara.

Satu lagi ciri yang akan menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh ialah sarung radiator yang menghalakan udara panas ke bawah bagi memberi keselesaan bila berada dalam trafik atau kelajuan rendah.

Kesesuain Versys-X 250 dengan pelbagai umur penunggang dari yang paling muda kepada senior yang mahukan kemudahan bergerak mudah kemana saja pada kos munasabah dijangka menjadi tarikan besar.

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, berkata, “Kami bersemangat untuk memperkenalkan Versys-X 250 ke pasaran Malaysia dengan harga yang kompetitif. Motosikal ini mewakili semangat pengembaraan dan sesuai untuk penunggang yang suka menjelajah lasak. Dengan ciri-ciri yang mengagumkan dan harga yang berpatutan, kami yakin ia akan mencorakkan semula segmen pengembaraan.”

Untuk maklumat lanjut tentang model 2023 dan berita terkini, sila lawati laman web MODENAS dan KAWASAKI Malaysia di https://modenas.my/v2/ , http://www.kawasaki.com.my/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

Leave a comment