


Pelanggan dan pemilik kenderaan Nissan di Petaling Jaya kini berpeluang untuk merasai pengalaman yang baharu dan unik apabila mereka melawat Pusat Flagship Nissan yang pertama di kawasan ini.
Pusat ini telah direka semula dan dinaik taraf mengikut Konsep Runcit Nissan (NRC-NEXT) yang terkini, bertujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam industri automotif dan selepas jualan jenama Nissan di Malaysia.


Konsep Runcit Nissan ini menfokuskan kepada inovasi dalam peruncitan Nissan dan menetapkan standard perkhidmatan global bagi pelanggan Nissan di seluruh dunia. Pusat flagship ini, dengan reka bentuk yang mematuhi konsep NRC-NEXT, memaparkan nilai jenama Nissan kepada pelanggan sepanjang masa, sama ada untuk ujian pemanduan model terbaru atau servis berkala. Setiap aspek peruncitan telah diperbaharui untuk memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada pelanggan.
Dengan pelaburan lebih daripada RM4 juta, Pusat Flagship Nissan 3S yang telah dinaik taraf di Petaling Jaya ini mempunyai reka bentuk bangunan yang menarik dengan logo korporat terkini Nissan yang anggun. Pusat ini telah dirasmikan pada 10 Ogos oleh Makoto Uchida, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd. (NML), dan menandakan tahap komitmen tinggi Nissan terhadap pengalaman pelanggan yang terbaik.
Pusat Flagship Nissan 3S baharu di Petaling Jaya adalah satu lagi langkah menuju menyediakan kemudahan terbaik untuk pemilik kenderaan Nissan di Malaysia.











