Berita baik untuk peminat EV di Malaysia: Harga Tesla terpakai di US menurun buat kali pertama

Selama ini, sesiapa yang ingin membeli Tesla mempunyai hanya dua pilihan iaitu menunggu kereta baru dihasilkan dan proses ini ada kalanya mengmabil masa berbulan bulan taupun mereka membeli di pasaran terpakai dimana harga adalah lebih tinggi dari harga baru.

Ini antara faktor kenapa pemgimpot selari Tesla dari UK, Jepun, Hong Kong, Australia atau New Zealand tidak mencari kenderaan mereka di pasaran terpakai dan terpaksa meletakkan nama dalam senarai tempahan di pasaran tersebut.

Kesannya harga Tesla di Malaysia berada pada tahap kereta baru jiak dibandingkan dengna kenderaan ICE yang diimpot selari dimana terdapat pilihan harga yang lebih luas bergantung kepada spesifikasi dan juga umur kereta.

Baru baru ini satu rencana di laman Electrek menunjukkan bahawa purata harga kereta Tesla terpakai di Amerika Syarikat telah menurun 17% sejak puncaknya pada bulan Julai, manakala pasaran kereta bekas secara keseluruhannya hanya mengalami penurunan 4% dalam tempoh yang sama.

Data juga menunjukkan bahawa penurunan harga ini memberi kesan kepada amalan ‘flipping’ kereta Tesla, yang telah menjadi popular disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan jangka masa tunggu yang panjang untuk kereta Tesla baru.

Perkembangan ini mungkin baik untuk pelanggan yang ingin membeli kereta Tesla bekas pada harga yang lebih mampu, tetapi ia mungkin memberi tekanan kepada permintaan kereta baru Tesla dan memberi kesan kepada perniagaan kereta terpakai syarikat tersebut yang sedang berkembang. Secara keseluruhannya, berita ini mungkin dianggap sebagai sesuatu yang campur-baur bagi pasaran kereta elektrik (EV) di Amerika Syarikat dan bagi Tesla sebagai syarikat.

Namun belum ada laporan harga Tesla mula menurun di pasaran lain seperti Jepun, United Kingdom, Hong Kong, Australia dan New Zealand yang menjadi sumber kereta impot selari di Malaysia.

Ada kemungkinan perkembangan yang sama akan berlaku bila bekalan kereta Tesla ke pasaran tersebut mula lega tetapi ini mungkin memakan sedikit masa.

Leave a comment