
Setiap kali saya cadangkan syarikat kereta melabur untuk membina rangkaian caj kereta elektrik, mesti ditempelak kerana itu bukan perniagaan teras mereka.
Tapi aku tetap katakan penjualan tenaga boleh, malah, perlu jadi perniagaan teras syarikat kereta dimasa depan kerana pendapatan dari perkhidmatan lepas jualan akan merosot teruk apabila kereta elektrik berleluasa.
Sebab itulah Tesla, syarikat yang paling percaya dengan revolusi kereta elektrik sekarang adalah pemilik rangkaian caj terbesar di dunia dengan lebih 35,000 pengecaj.

Takkan dia buat atas dasar amal jariah, sudah tentu dia nampak ini potensi untuk mencuri bisnes dari kedai minyak di masa depan.
Kalau syarikat kereta tak nak ambil peluang ini, aku rasa syarikat minyak senyum aje sebab pendapatan mereka yang mungkin diambil orang kekal selamat.
Kalau korang tak percaya pendapat aku mengenai Tesla, ini berita dari Porsche pulak, dimana jenama Zuffenhausen tersebut telah melabur USD100 juta untuk menghasilkan bahanapi bersih yang digelar e-fuels.
E fuels Porsche ini dihasilkan menggunakan tenaga elektrik yang dijana oleh kincir angin, menajdikan ia tenaga sifar karbon.

Mereka melakukanm electrolysis ke atas air dan juga menggunakan tenaga yang sama untuk mendapatkan karbon dari udara, selepas itu hydrogen dan carbon disatukan menjadi methanol yang sifar karbon.
Kos bahanapi ini ialah USD12 setiap liter tetapi dijangka akan turun bila sudah banyak dihasilkan pada skala ekonomi.
Walaupun pelaburan tinggi dan kos penghasilan tinggi , Porsche tetap berusaha untuk menguasai bisnes bahanapi, jadi aku rasa tak bijaklah jika syarikat kereta tak mengambil Langkah untuk membangunkan rangkaian caj kenderaan elektrik.

Porsche dan Chile Highly Innovative Fuels (HIF) telah memulakan pengeluaran bahan api sintetik di kilang pilot ‘Haru Oni’ di Punta Arenas (Chile).
Fasa pilot dijangka mampu menghasilkan sebanyak 130,000 liter eFuel setahun. Pada mulanya, bahan api ini akan digunakan dalam projek penunjuk arah seperti Porsche Mobil 1 Supercup dan di Pusat Pengalaman Porsche.
Selepas fasa pilot, skala pertama akan meningkatkan projek di Chile kepada sekitar 55 juta liter setahun pada pertengahan dekad ini. Sekitar dua tahun kemudian, dijangka kapasiti akan menjadi 550 juta liter.
Selatan Chile menawarkan keadaan yang sesuai untuk penghasilan eFuel, dengan angin yang bertiup selama sekitar 270 hari setahun yang membolehkan turbin angin beroperasi pada kapasiti penuh.

Punta Arenas juga terletak berhampiran Selat Magellan. Dari pelabuhan Cabo Negro, eFuel sintetik boleh diangkut seperti bahan api tradisional ke seluruh dunia, dan disalurkan menggunakan infrastruktur yang sedia ada.
Porsche bertujuan untuk memperoleh kecairan CO2-neutral di sepanjang jalinan nilai sehingga 2030.
Porsche sudah mengeluarkan lebih daripada $100 juta membangunkan e-fuels. Antaranya, pengeluar kereta sukan tersebut telah mengeluarkan $75 juta dalam HIF Global LLC pada April 2022. Syarikat ini merancang, membina dan mengendalikan kilang eFuel di Chile, AS dan Australia.


Terimakasih…sangat informatif
LikeLike
terimakasih informasinya
LikeLike