TGR Racing Malaysia Lebar Sayap ke Thailand Super Series; Pertaruh Jentera GR Supra GT4 EVO2 dan Barisan Pemandu Elit Tempatan

Pasukan ini akan mempertaruhkan dua jentera Toyota GR Supra GT4 EVO2 yang dibangunkan khusus oleh TGR Racing Europe. Jentera ini merupakan evolusi teknikal yang menerima penambahbaikan signifikan pada sistem brek, tetapan penyerap hentak, serta kalibrasi ABS yang lebih jitu hasil maklum balas daripada litar lumba seluruh dunia. Di bawah seliaan krew teknikal gabungan kepakaran Malaysia dan Jepun, jentera ini bakal berentap dengan pesaing hebat lain seperti Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport dan Mercedes AMG GT4 dalam kalendar lima pusingan yang cukup mencabar. Continue reading TGR Racing Malaysia Lebar Sayap ke Thailand Super Series; Pertaruh Jentera GR Supra GT4 EVO2 dan Barisan Pemandu Elit Tempatan

Bridgestone Dinamakan Pembekal Tayar Rasmi untuk Siri GR86 Cup Malaysia

Siri SUPER GT kembali ke Malaysia selepas rehat 12 tahun, dengan Litar Antarabangsa Petronas Sepang disahkan sebagai Pusingan 3 kalendar SUPER GT 2025. Siri GR86 Cup Malaysia yang diperkenalkan kali pertama ini akan menjadi perlumbaan sokongan rasmi kepada acara SUPER GT Malaysia.

Semua kereta lumba dalam Siri GR86 Cup Malaysia akan dipasang dengan tayar prestasi ultra-tinggi Bridgestone Potenza RE-71RS, saiz 225/45R17 94W. Potenza RE-71RS adalah tayar separa-licin yang sah di jalan raya, yang dibina khas untuk memenuhi keperluan peminat pemanduan di dalam dan luar trek. Continue reading Bridgestone Dinamakan Pembekal Tayar Rasmi untuk Siri GR86 Cup Malaysia