Rolls-Royce Perkenalkan Black Badge Ghost Gamer Berinspirasikan Permainan Arkad Vintaj

Kereta ini menampilkan pelbagai rujukan kepada era permainan awal termasuk motif Coachline ‘Cheeky Alien’ yang dicat tangan, sulaman tempat duduk ‘Player One’, Starlight Headliner ‘Pixel Blaster’, Illuminated Fascia ‘Laser Base’ yang unik dan pelbagai ciri tersembunyi era joystik.

Black Badge Ghost Gamer dipersembahkan dalam kemasan dua ton dengan badan utama dalam Salamanca Blue dan badan atas dalam Crystal over Diamond Black. Motif ‘Cheeky Alien’ yang dicat tangan muncul sebagai Coachline bersama reka bentuk letupan 8-bit berwarna merah jambu di satu sisi kereta, dan kuning serta biru di sisi lain. Ia dicipta daripada 89 ‘piksel’ individu, setiap satu hanya 3mm x 3mm. Continue reading Rolls-Royce Perkenalkan Black Badge Ghost Gamer Berinspirasikan Permainan Arkad Vintaj

Panduan Lengkap Ubah Suai Kereta Persendirian Mengikut Garis Panduan JPJ

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Kegagalan mana-mana pemilik kendaraan mengikut peraturan yang telah ditetapkan ini boleh menyebabkan tindakan saman dikenakan. Continue reading Panduan Lengkap Ubah Suai Kereta Persendirian Mengikut Garis Panduan JPJ