
Banyak yang telah berlaku pada industri Automotif Malaysia dalam tempoh empat tahun.
Semasa kerajaan memberikan cuti cukai untuk kenderaan bateri bermula pada Januari 2022, ramai yang beranggapan ianya adalah hobi orang kaya atau sekadar satu eksperimen teknologi yang tak mungkin jadi arus perdana.
Ini semua sebelum PRO-NET melahirkan satu model yang berjaya menjadi juara pasaran sepanjang tahun 2025.
Malah, memasuki 2026, Proton e.MAS kini muncul sebagai jenama EV No.1 di Malaysia, satu pencapaian yang mencerminkan perubahan besar dalam penerimaan pengguna tempatan terhadap teknologi elektrik.

Sudah tentu PRO-NET tak melepaskan peluang untuk mengingatkan kita tentang kejayaan e.MAS 7, sebuah SUV elektrik segmen C yang mendominasi carta pendaftaran EV sepanjang tahun, tetapi kejayaan model ini adalah bukti bahwa EV semakin diterima oleh pemandu Malaysia.
Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan, lebih daripada 9,000 unit Proton e.MAS 7 telah dijual sejak bulan Januari 2025.
Minat terhadap EV terus meningkat di dua bulan pertama 2026 dan dijangka akan terus naik kerana perang antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran dijangka akan menyebabkan kenaikan berterusan harga minyak dunia.
Walaupun jualan EV dijangka akan meningkat namun ramai pemerhati pasaran beranggapan jumlah jualan keseluruhan mungkin sukar untuk melepasi 10 peratus pasaran tetapi perubahan pada harga minyak berpotensi menjadi pemangkin lonjakan yang lebih besar.
Penjimatan kos bahanapi.

Walaupun tanpa tekanan harga minyak yang lebih tinggi, mereka yang telah memilih Proton e.MAS 7 mendapati ia menawarkan penjimatan sebenar yang agak signifikan, seperti menerima duit raya sebanyak RM3,000 setahun.
Jika kita melihat kos sara hidup secara jujur pada tahun 2026, pelarasan harga bahanapi tanpa subsidi yang menyaksikan peningkatan 60 sen seliter untuk Petrol RON 95 dan RON97 dan kenaikan 80 sen untuk setiap liter diesel tanpa subsidi adalah sangat merisaukan.
Walaupun perlindungan subsidi untuk RON RM95 diteruskan kepada mereka yang layak, penurunan kos bahanapi dari sekitar 19 hingga 22 sen bagi setiap kilometer untuk sebuah SUV keluarga berkuasa petrol ke 9 sen setiap kilometer untuk e.Mas7 sukar diketepikan.
Proton e.MAS 7 menawarkan kecekapan tenaga sekitar 6km bagi setiap kWj tenaga menghasilkan penjimatan antara RM2,000 hingga RM2,500 setahun kos bahanapi bagi pemandu biasa yang mencatat jarak antara 20,000 dan 25,000km dalam tempoh yang sama.
Penjimatan kos tenaga hanya sebahagian dari ceritanya. Kelebihan mekanikal EV bermakna anda tidak lagi perlu beratur untuk menukar minyak hitam, penapis minyak, atau palam pencucuh setiap 10,000 km.
Dengan komponen bergerak yang minimum, kos penyelenggaraan (maintenance) e.MAS 7 adalah sekitar 40% lebih rendah berbanding SUV petrol setaraf. Gabungan jimat minyak dan jimat servis ini memberikan anda “dana lebihan” sekitar RM3,100 setiap tahun.
Dalam konteks budaya kita, itu adalah bajet Baju Raya premium untuk seluruh keluarga yang “dihadiahkan” oleh kereta anda setiap tahun.
Definisi Baharu Keselesaan Keluarga

Proton e.MAS 7 yang berkongsi platform Global Modular Architecture kumpulan Geely terbukti adalah produk yang popular di banyak pasaran dan keselesaan antara faktor yang memacu minat pasaran.
Asasnya platfrom GMA menawarkan kelebihan besar dari segi ruang kabin kerana ia direkabentuk dengan jarak gandar 2,750mm yang menawarkan ruang kaki yang mewah untuk penumpang belakang.
Tahap keselesaan juga ditingkatkan oleh pacuan elektrik yang tidak menghasilkan bunyi, gegaran dan kekasaran mekanikal. Tahap NVH yang rendah sukar disaingi oleh kenderaan enjin konvensional dan secara terus menjadikan e.MAS 7 berasa lebih mewah.
Ketiadaan enjin pembakaran juga melenyapkan risiko keracunan gas karbon monoksida ketika rehat di dalam perjalanan jauh.
Pemandu jentera ICE perlu mematikan enjin dan tidur dalam kabin yang panas dan berkepam bagi mengelak kemasukan gas beracun ke dalam kabin, manakala model elektrik seperti e.MAS 7 secara aktif menawarkan Mod Rehat sebagai ciri mewah yang membolehkan pemandu dan penumpang melelapkan mata ketika perjalanan dalam keadaan nyaman untuk tempoh sehingga 60 minit.
Terdapat juga Mod Perkemahan yang membenarkan sistem pendingin hawa dan hiburan terus berfungsi sepanjang malam selagi bateri mempunyai cas yang mencukupi.
Evolusi CKD 2026: Harga Turun, Spesifikasi Naik

Perkembangan paling penting tahun ini adalah anjakan e.MAS 7 kepada program pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Proton di Tanjung Malim. Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan rantaian bekalan tempatan, malah membolehkan Proton menawarkan harga yang lebih kompetitif. Varian Prime kini boleh dimiliki pada harga bermula sekitar RM99,800 (termasuk Welcome Benefit), menjadikannya antara SUV segmen-C paling bernilai di pasaran.
Meskipun harga lebih mampu milik, Proton tidak berkompromi dengan spesifikasi. Varian Prime kini dilengkapi dengan Tailgate Berkuasa sebagai piawai – satu ciri yang sangat dihargai apabila tangan anda penuh dengan beg shopping atau barang persiapan Raya.
Peningkatan sistem bantuan pemnandu: ADAS Tahap Tinggi

Keselamatan kekal menjadi teras utama Proton. Varian Premium 2026 kini hadir dengan peningkatan besar rangkaian sistem bantuan pemandu (ADAS).
Antara tambahan paling bermakna adalah Evasive Manoeuvre Assist (EVA). Sistem ini bertindak sebagai “malaikat pelindung” yang membantu pemandu menstabilkan stereng apabila perlu melakukan elakan kecemasan secara tiba-tiba, mengurangkan risiko hilang kawalan.
Selain itu, Active Lane Change Assist (ALCA) memudahkan pemanduan di lebuh raya dengan membantu proses pertukaran lorong secara automatik apabila penanda diberikan dan keadaan selamat.
Ditambah pula dengan Front Cross Traffic Alert (FCTA) yang membantu mengurangkan titik buta apabila keluar dari parkir atau simpang.
Keputusan Bijak 2026

Memilih Proton e.MAS 7 pada tahun 2026 bukan lagi satu perjudian teknologi, tetapi satu keputusan kewangan dan gaya hidup yang sangat munasabah.
Dengan kedudukannya sebagai model EV No. 1 pilihan rakyat Malaysia sejak 2025, sokongan rangkaian servis Proton yang meluas, serta penjimatan tahunan yang nyata, e.MAS 7 bukan sekadar lencana kelestarian tetapi kenderaan yang paling tepat untuk mereka yang celik dengan keadaan geopolitik dunia yang sedang bergolak.
Adakah anda akan terus membakar wang di stesen minyak, atau adakah anda bersedia untuk pulang ke kampung dengan gaya, keselesaan, dan poket yang lebih tebal? Pilihan di tangan anda.
Sedikit analisis antara varian Prime dan Premium
- Pilihan Ekonomi (Prime): Sesuai untuk pemanduan bandar dan keluarga yang mementingkan nilai (value-for-money). Dengan kecekapan 6.97 km/kWh, ia adalah antara EV paling jimat tenaga di pasaran. Penambahan Powered Tailgate pada model 2026 menjadikannya jauh lebih praktikal berbanding model CBU sebelum ini.
- Pilihan Prestasi & Keselamatan (Premium): Sesuai untuk mereka yang kerap melakukan perjalanan jauh (balik kampung) dengan jarak gerak 410 km (WLTP). Kehadiran sistem Evasive Manoeuvre Assist (EVA) dan Active Lane Change Assist (ALCA) memberikan ketenangan minda (peace of mind) yang lebih tinggi di lebuh raya.







