
Bagi kebanyakan pemandu di Malaysia, peralihan ke kenderaan elektrik (EV) ni rasa macam telan mati emak luah mati bapak.
Kita suka idea tak payah masuk stesen minyak dan penjimatan kos tenaga , tapi dalam masa yang sama, cuak juga kalau tersadai tepi jalan sebab bateri habis atau pengecas penuh.
Selain dari itu, ramai yang belum boleh menerima kereta elektrik memerlukan sekitar 30 minit untuk dicas semula secara pantas dalam perjalanan, mereka rasakan terlalu banyak masa terbazir.
Sebab itulah Proton e.MAS 7 PHEV muncul sebagai penyelesaian paling logik.

Sebagai jenama EV No. 1 di Malaysia, Proton e.MAS memanfaatkan pengalaman luasnya untuk membangunkan model ini dengan pendekatan yang lebih praktikal dan diyakini pengguna tempatan.
Berbeza dengan PHEV generasi lama, e.MAS 7 PHEV menggunakan pendekatan “EV-first” yang mengutamakan pemanduan elektrik sepenuhnya dalam penggunaan harian.
Ia bukan sekadar kereta dengan keupayaan bahan api dan elektrik, tapi pengurus tenaga pintar.
Dengan pendekatan yang mengutamakan pacuan elektrik untuk kegunaan harian dan enjin petrol bersama generator sebagai jaring keselamatan untuk perjalanan jauh atau perjalanan tak terancang, PRO-NET berjaya selesaikan masalah kegusaran jarak kita.
Tiga Mod Pemanduan Pintar: Ikut Selera Jalan Raya

Sistem pengurusan tenaga dan pacuan Proton e.MAS 7 PHEV sudah ditala untuk menyelamatkan poket kita dengan tiga mod utama:
Pure Mode (Elektrik Sepenuhnya)
Dalam mod ini, e.MAS 7 PHEV berfungsi sebagai sebuah EV tulen. Bagi varian Premium Plus, bateri LFP 29.8kWh mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sehingga 170km (NEDC).
Bayangkan perjalanan pergi balik kerja dari Shah Alam ke KL yang sekitar 40km, anda boleh memandu berminggu-minggu tanpa setitik petrol pun.
Yang penting mesti cas dirumah setiap hari, bangun pagi bateri penuh, senyap dan menjimatkan.

Hybrid Mode (Keseimbangan Pintar)
Bila tiba masa nak balik kampung atau perjalanan yang tak terancang, Mod Hybrid ambil alih. Ia menguruskan tahap cas bateri (SOC) dan kecekapan suhu dengan teliti untuk mencapai jarak gabungan melebihi 1,000km.
Tak payah pening kepala cari charger kat R&R, pandu saja macam kereta biasa. Tapi jika mahu boleh saka mengecas DC sambil berhenti rehat dan sambung 170km perjalanan dengan kuasa elektrik.
Dua dua kelebihan pun dapat jika kita pandu begini.
Power Mode (Prestasi Maksimum)

Nak memotong treler atau nak “panjat” Genting Highlands? Mod Power akan menggabungkan kuasa motor dan enjin untuk menjaan kuasa maksimum 193 kW (262 PS) yang cukup untuk menghasilkan pecutan 0–100 km/j dalam masa sekitar 8.0 saat untuk versi Prime dan Premium
Mereka yang sudah memandu e.MAS 7 PHEV tahu ia sebenarnya sebuah SUV keluarga yang berjaya merentas keperluan keselesaan penumpang dan kepuasan pemandu dengan berjaya walaupun ia sebuah SUV yang agak besar.
Teknologi EM-i: “Ramuan Rahsia” Di Sebalik Tabir

Apa yang buat e.MAS 7 PHEV ni lain daripada yang lain adalah “EM-i Advanced Hybrid Technology”. Ini bukan komponen biasa, tapi sistem yang sangat bersepadu.
Transmisi Hybrid Berdedikasi (DHT) 11-dalam-1

Berbeza dengan kotak gear biasa yang kadang-kadang terasa sentakan, DHT 11-dalam-1 pada e.MAS 7 PHEV ni sangat lancar. Rasa pecutannya linear macam bawa kereta elektrik sepenuhnya.
Paling menarik adalah Intelligent Clutch. Bila anda memandu laju di lebuhraya, sistem akan menguncikan klac supaya enjin petrol memacu roda secara terus. Ini jauh lebih cekap daripada bergantung kepada motor elektrik semata-mata pada kelajuan tinggi.
Ini kerana pada kelajuan tinggi enjin pembakaran terbukti lebih cekap tenaga berbanding motor elektrik.
Enjin Hybrid 1.5L dengan Kecekapan Haba 46.5%

Proton e.MAS 7 PHEV dilengkapi enjin 1.5-liter empat silinder pernafasan atmosferik dan kitaran Atkinson yang mencapai kecekapan haba sekitar 46.5%—salah satu yang tertinggi di dunia.
Kebanyakan kereta biasa mencapai kecekapan haba sekitar 30% sahaja. Maksudnya, setiap titis petrol digunakan semaksimum mungkin.

Hasilnya, walaupun bateri dah habis, kereta ini tetap mampu mencatat penggunaan bahan api sekitar 4.3L/100km. Memang jimat!
Bateri LFP: Selamat & Pantas
Proton e.MAS 7 PHEV menggunakan teknologi Lithium Iron Phosphate (LFP) yang lebih stabil dan selamat berbanding bateri NMC. Ia tahan lama, mampu bertahan sehingga 3,500 kitaran cas.
Antara ciri kemudahan terbaik ialah fungsi pengecasan pantas DC sehingga 60kW yang mebolehkan penambahan tenaga dari 30% ke 80% dalam masa lebih kurang 16 minit sahaja, sempatlah nak minum kopi kejap kat stesen minyak.
Kesimpulan: Tak Perlu Risau Lagi
Proton e.MAS 7 PHEV adalah jawapan bagi pemandu Malaysia yang mahukan teknologi masa depan tanpa perlu mengorbankan kebebasan untuk berjalan jauh. Ia bukan sahaja mengurangkan bil petrol anda, tapi memberi ketenangan minda yang tidak ada pada EV tulen buat masa sekarang.
Risau harga minyak naik? Biar pengurus tenaga pintar Proton yang setelkan.









