Proton e.MAS 5 Kukuh Kedudukan Sebagai EV No. 1 Malaysia; Lepasi Jualan 5,000 Unit

Dominasi Proton e.MAS 5 dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan nampaknya semakin sukar digugat.

Model pertama dari sub-jenama PRO-NET ini secara rasmi telah melepasi angka jualan 5,000 unit, sekali gus mengekalkan takhtanya sebagai EV paling laris di Malaysia bagi bulan Januari dan Februari 2026.

Menurut data terbaru, momentum e.MAS 5 melonjak dengan 3,068 unit didaftarkan pada Januari, diikuti 1,562 unit pada Februari. Sempena kejayaan ini dan menyambut musim perayaan, PRO-NET turut mengumumkan rebat Raya RM500 bagi tempahan yang dibuat sehingga 23 Mac 2026.

Bagi komuniti Electronikar yang merancang untuk bertukar ke EV, rebat ini terpakai untuk pendaftaran kenderaan sehingga September 2026. Ini adalah langkah strategik Proton dalam mengekalkan minat pengguna selepas tamatnya tempoh tempahan awal (early bird) sebelum ini.

Leave a comment