Porsche Centre Johor Bahru diiktiraf untuk pemulihan klasik

Berita Baik untuk peminat jentera klasik dan vintaj Porsche kerana kini ada pusat yang boleh mengembalikan kegemilangan kereta kesayangan anda kepada tahap lebih baik dari asasl.

Porsche Centre Johor Bahru telah menyiapkan pemulihan penuh pertama kenderaan klasik Porsche di Malaysia dengan memulihkan sebuah 911 T dari awal.

Projek pemulihan yang teliti ini merupakan perjalanan selama beberapa bulan yang bukan sekadar pembaikan, tetapi penghormatan. Setiap panel dan komponen dibuka dengan teliti, didokumentasikan, dan dibina semula mengikut spesifikasi kilang asal.

911 T pertama kali dilancarkan pada 1967 dan kekal sebagai bab yang dihargai dalam warisan Porsche. Varian peringkat kemasukan bagi barisan 911 yang ikonik, 911 T (singkatan untuk Touring) dibangunkan sebagai rakan sejawat yang lebih mudah diakses kepada adik-beradiknya yang berspesifikasi lebih tinggi, 911 S dan 911 E.

Unit khusus ini kini keluar dari Porsche Centre Johor Bahru dengan bab pertamanya ditulis semula, menjadi model Porsche Classic pertama yang dipulihkan sepenuhnya dari awal di Malaysia.

Pencapaian ini juga menggariskan keupayaan Porsche Centre Johor Bahru, kemudahan 4S pertama Malaysia yang diiktiraf secara rasmi sebagai Rakan Kongsi Porsche Classic (Porsche Classic Partner). Di luar bilik pamerannya, pusat ini mengintegrasikan kerja badan yang diperakui, perkhidmatan cat dan teknik pembaikan lanjutan yang disesuaikan khusus untuk model yang telah keluar daripada pengeluaran sekurang-kurangnya sepuluh tahun.

Disahkan oleh Porsche AG, ia adalah salah satu daripada beberapa kemudahan di seluruh dunia yang dipercayai untuk memelihara intipati ikon vintaj ini.

Leave a comment