
Isuzu Malaysia telah melantik Tomoyuki Yamaguchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 24 April 2025, menggantikan Shunsuke Okazoe yang kembali ke Jepun untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, Bahagian Jualan Jepun, Isuzu Motors Ltd.
Yamaguchi akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh rangkaian pengedar Isuzu, meningkatkan mutu perkhidmatan serta memastikan bekalan alat ganti sentiasa mencukupi bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pemilik Isuzu di Malaysia. Beliau turut menegaskan komitmen untuk memperluas spektrum servis di setiap pengedar demi kepuasan pelanggan yang lebih tinggi

