Outlet 3S Mitsubishi Motors Ke-19 Dibuka di Kajang, Tingkatkan Kemudahan Pelanggan

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama pengedar sahnya, Millennium Autohaus Sdn Bhd, telah merasmikan pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) Mitsubishi Motors terbaharu di Kajang baru-baru ini. Pembukaan ini menjadikan jumlah pusat 3S Mitsubishi Motors di Lembah Klang meningkat kepada 19 buah.

Terletak strategik di Lot 1872A, Jalan Semenyih, Kajang 43500, Selangor, bilik pameran baharu ini bersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di Kajang dan kawasan sekitarnya.

Dibina di atas tanah seluas 15,800 kaki persegi dengan fasiliti seluas 9,600 kaki persegi, bilik pameran ini direka untuk memberikan pengalaman jenama Mitsubishi yang lengkap, menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan dengan kemudahan yang dipertingkatkan untuk pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda berkata, “Kami gembira dapat memperkukuhkan kerjasama kami dengan Millennium Autohaus melalui pembukaan outlet Mitsubishi Motors baharu di Kajang ini. Pelancaran bilik pameran ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan mengembangkan jejak Mitsubishi di seluruh Lembah Klang.”

Outlet di Kajang ini akan mempamerkan model-model popular Mitsubishi, termasuk Mitsubishi Triton yang memenangi pelbagai anugerah dan Mitsubishi XPANDER yang laris. Triton terus diiktiraf sebagai trak pikap yang boleh dipercayai dengan prestasi pemanduan yang luar biasa. Sementara itu, XPANDER telah memenangi hati banyak keluarga dengan ruang dalaman yang luas, reka bentuk moden, dan prestasi yang praktikal.

Ini merupakan pengedar kedua bagi Millennium Autohaus, susulan kejayaan pelancaran outlet pertamanya di Kota Damansara pada September 2021.

Mengenai Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) ditubuhkan pada 29 Januari 2005 dan merupakan pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia. Sebagai salah satu syarikat automotif terkemuka di Malaysia, MMM kini diwakili oleh 63 bilik pameran (di mana 8 daripadanya adalah pusat 4S) dan 63 pusat servis di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, MMM mempunyai 16 bilik pameran (8 di Sarawak dan 8 di Sabah). Selain itu, terdapat 28 outlet Badan & Pembaikan (B&P) yang sah untuk memenuhi permintaan pasaran.

MMM komited untuk menjual rangkaian kenderaan yang berkualiti tinggi, dengan prestasi pemanduan, keselamatan, keselesaan, dan teknologi yang canggih. Trak pikap Triton 4×4 diimport sebagai unit CBU (Completely Built-Up) dari Thailand dan XPANDER dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia. 1  

Leave a comment