Kongsikan semangat Raya Bersama Proton & Menangi Hadiah Wang Tunai

Peminat Proton berpeluang memenangi pelbagai hadiah melalui kempen #RAYASTYLOWITHS70, #RAYASTYLOWITHS70, sebuah pertandingan kreatif yang bertujuan untuk meraikan semangat Hari Raya dengan gaya.

Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai menarik, termasuk Hadiah Utama RM10,000, Hadiah Kedua RM5,000, dan Hadiah Ketiga RM3,000.

Siapa Boleh Sertai?

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, pekerja syarikat berkaitan, serta ahli keluarga terdekat mereka tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

Cara Penyertaan

  1. Peserta perlu mencipta video pendek berdurasi maksimum 60 saat yang menonjolkan reka bentuk elegan Proton S70 sambil menggabungkan elemen kreatif Hari Raya.
  2. Video mesti dimuat naik ke TikTok (dan boleh dimuat naik ke platform lain secara serentak).
  3. Gunakan tanda pagar rasmi #RAYASTYLOWITHS70 dan tag @ProtonCarsOfficial dalam siaran.

Kriteria Penilaian

Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah “likes” tertinggi di media sosial tanpa terhad kepada platform tertentu. Video yang mendapat jumlah “likes” tertinggi akan dinilai oleh panel juri berdasarkan kreativiti dan sejauh mana video tersebut menonjolkan semangat Hari Raya serta reka bentuk roton S70.

Tempoh Kempen

Pertandingan bermula pada 17 Mac 2025 jam 12:00 AM dan akan berakhir pada 18 April 2025 jam 11:59 PM.

Tujuan Kempen

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan kreativiti rakyat Malaysia sambil menonjolkan gaya dan aspirasi PROTON S70. Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, “S70 melambangkan transformasi—seperti semangat Raya yang membawa pembaharuan. Kami teruja untuk melihat bagaimana rakyat Malaysia menggunakan kereta ini sebagai kanvas kreativiti mereka.”

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi PROTON atau ikuti @ProtonCarsOfficial di media sosial. Jangan lepaskan peluang untuk merayakan Raya dengan gaya dan memenangi hadiah besar!

Leave a comment