Central Auto Distributors Malaysia (CADB) telah rasmi melancarkan Dongfeng Box EV di Malaysia. Terdapat dua varian; harga bermula dari RM100,700 bagi varian E2 dan RM113,700 bagi varian E3 atas jalan tanpa insuran. Sebagai pilihan, Box EV juga boleh didapati dengan bumbung berwarna putih pada harga RM115,700. Semua varian datang sebagai unit CBU buat masa sekarang. Reka bentuk Box EV ni memang comel dari luar dan dalam. Bila tengok dari depan, reka bentuk macam brand Smart pun ada. Jom kita lihat dengan lebih dekat.




Dari segi reka bentuk luar, Dongfeng Box EV dilengkapi dengan “light bar” LED, lampu depan LED, lampu belakang LED yang direka bentuk “3D” dan pemegang pintu leper style EV. Ia juga diberi trim berwarna putih di bahagian depan dan tepi (kecuali varian putih yang diberi trim berwarna pink). Pada bahagian tayar pual, Box EV dilengkapi rim bersaiz 16 Inci untuk varian E2 dan 17 Inci untuk varian E3.




Bila kita masuk ke dalam kabin, memang nampak dan rasa premium bagi kereta yang bermula pada harga RM101k. Antara features yang terdapat dalam Dongfeng Box EV ni adalah LCD 5-inci bagi pemandu, skrin 12.8-inci untuk infotainment (lengkap Apple Carplay dan Android Auto), powered seats ventilated dan heated, wireless charger 50W pada floating armrest, vanity drawer (tiada glove box conventional), automatic aircon, cermin belakang “mirrorless” dan sistem kamera 360 darjah. Elemen reka bentuk yang paling saya suka adalah hampir setiap permukaan yang mudah dicapai mempunyai quilted stitching dan kombinasi warna kabin yang boleh didapati membuat ruangan kabin nampak sangat elegan. Ruangan kabin boleh didapati dalam tiga kombinasi warna iaitu Grey/Black, White/Black dan Purple/White (varian purple sahaja).

Kedua dua varian E2 dan E3 dikuasai oleh satu motor pacuan roda hadapan yang menjana 70kW dan 160Nm torq dan mencapai kelajuan maksima 140km/j melalui kotak gear Mach E 10 dalam 1. Dari segi jarak perjalanan dan bateri dan charging boleh rujuk kepada data di bawah. Dongfeng berkata kedua dua varian boleh mencapai SoC 30%-80% dalam masa 30 minit.
| Varian | E2 | E3 |
| Saiz Battery | 32.56kWh LFP | 43.89kWh LFP |
| Jarak Perjalanan (CLTC) | 330km | 430km |
| Charging (DC) | 77kW | 88kW |
| Charging (AC) | 3.3kW | 6.6kW |
Akhir sekali, untuk safety, kedua dua varian dilengkapi 2 airbag, satu untuk pemandu dan satu untuk penumpang depan. Varian E3 dilengkapi ADAS (Advanced Driving Assistance Systems) manakala E2 hanya diberi Adaptive Cruise Control (ACC) sebagai standard.
Apa korang rasa? Antara Dongfeng Box EV, Neta V dan BYD Dolphin mana satu korang pilih? Tinggalkan komen di bawah. Pemandu Malaysia pemandu berhemah, kita jumpa lagi.

