STYLISH, SPORTY DAN SEDAN B-SEGMENT TERBESAR: MG5 SERBA BAHARU RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA

MG5 menjanjikan gabungan harga yang menarik, reka bentuk yang menawan, dan keseronokan pemanduan.
SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan pelancaran yang sangat dinantikan bagi MG5 serba baharu, sedan B-segment terbesar dalam kelasnya. Dengan reka bentuk sporty, ruang dalaman yang luas, dan harga yang menarik, MG5 menjanjikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan.
MG5 serba baharu dirasmikan dengan satu varian sahaja yang bermula RM93,900. Sempena ulang tahun ke-100 MG juga memberi pembeli awal tawaran rebat khas sebanyak RM7,000. Dengan rebat khas ini, pembeli awal boleh memiliki MG5 pada harga serendah RM86,900.
Dari segi performance, MG5 serba baharu datang dengan enjin 1.5L NA bersama kotak gear i-CVT 8-kelajuan. Enjin ini menjana 114PS dan 150Nm tork pada 4,500rpm. Kotak gear i-CVT dia pula datang dengan mod manual virtual 8-kelajuan. MG5 menggunakan sistem gantungan MacPherson Strut pada roda depan dan Torsion Beam pada roda belakang serta dilengkapi disc brake depan belakang.
MG5 didatangkan dengan warranty comprehensive, termasuk warranty unlimited mileage selama 5 tahun untuk kenderaan, dan warranty unlimited mileage selama 7 tahun untuk enjin dan transmission.
Lima warna ditawarkan iaitu Nuclear Yellow, Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl dan Camden Grey.
Interior MG5 pula sangatlah cantik berbanding kereta B segment lain yang sedia ada di Malaysia. Interior kulit hitam bersama accent merah pada pintu, stereng dan shifter, powered sunroof, seat pemandu 6-way elektronik, panel dekorasi berbentuk berlian, tiga USB port untuk charging dan aircond single zone dilengkapi filter PM2.5. Selain itu, MG5 ini juga datang dengan skrin pemandu digital 7″ dan skrin infotainment 10.25″ dilengakapi Apple Carplay, Android Auto dan 6 speaker.
Untuk bahagian safety, MG5 didatangi dengan MG Pilot Suite (Rear Cross Traffic Alert, Blind Spot Detection, Lane Change Assist, dan Rear Collision Warning) bersama 6 airbag.
Bagi saya, kalau berbanding kereta segmen B lain, MG5 ni mempunyai interior paling luas dan sangat cantik, dia punya panel dekorasi berlian, driver oriented infontainment display dan juga interior kulit yang datang dengan accent merah membuat kereta ni sangat menarik – tambah tambah lagi ada powered sunroof. Harga RM86,900 bagi pembeli awal pula membuat MG5 ni pilihan yang susah bila kita bandingkan dengan pesaing lain seperti Honda City, Toyota Vios dan Proton S70. Jadi apa korang rasa tentang MG5 ni? Komen dekat bawah.

